Friday, April 23, 2010

Knowledge Sharing

ahaa...

melangkah je kaki masuk ke library, oh, penuh and sudah ramai... yaa aku tahu yang aku sudah lambat datang library dan kebanyakan tempat sudah full, then kelihatan tempat kegemaran ku telah kosong... hmm sib baik takde orang eh.. aku pon seperti biasa membuka laptop, pasang itu ini, then duduk..

sambil menyambung connection untuk talian internet, aku dapat rasakan yang ada perasaan tidak aman dalam library ini, masing masing sibuk berbincang.. nak pekse le kot kata kan..
dalam keadaan aku yang makin rimas.. dengan pelbagai bunyi sharing the knowledge, tetiba>>> librarian kat depan menjerit..

"DIK, BOLEH DIAM SIKIT TAK? DAH MACAM PASAR DAH<>>>> wahhh aku sangat suka, walaupon cara itu agak salah, tetapi sangat sesuai untuk orang yang tak tahu nak gunakan library.. hmmmm keshian bakal mahasiswa kini, sampaikan masuk library pon asik kena tegur dek tak tahu bawa diri dan sedar diri berada di mana...

mungkin jugak sebab fakulti yang wujud kat Information Management, dan studentnya memperaktikkan Knowledge Sharing yang dipelajari.. eheks...

pada saat aku menaip ni, momentum suara sharing the knowledge itu kembali menaik dan sekali sekala turun sebab ada bunyi shhhh...

Saturday, March 20, 2010

Sebak Zahra'

setelah hampir 5 hari masa berlalu, rupanya dia masih teringat ingat ditinggalkan kakak dan Opahnya....

>>>> kejap tadi, opahnya menelefon bertanya khabar, dan sedikit hal tentang 'Izzah untuk pulang ke rumah esok, bertanyakan cucunya yang lagi seorang... Azzahra'... baru terjaga dari tidor, bad mood, so dia tak mahu cakap..

selesai mandi refresh dirinya.. dan dia pon dah dalam mood yang baik, aku menyampaikan pesan dari opahnya...

Zahra di bawah, aku di atas, bertanyakan dia sambil menjerit perlahan...

Ummi : adik nak telepon opah?
Zahra : tak nak.
Ummi : tak nak cakap ngan opah ke, opah kata >. opah saaaayaaannnngg adik..
Zahra : ........
(sambil terdengar sedu sedu macam mahu menangis)
Ummi : (cuba ambil hati) adik, mai le telepon opah, cakap ngan opah.
Zahra : sambil menangis-nangis, dia jerit, taknak, adik tak sayang makpah...
ambooiii terasa hatinya....
makan hati betoi kena tinggal hari tu...
siaaannn dia...

pujuk ajak telefon dengan opah, dia lansung tak mahu, tapi menangis kuat kuat dengan nada yang sangat sedih...

alao lo lo lo...







Monday, March 1, 2010

Apa kata ‘Izzah

Masa dalam perjalanan nak pegi makan malam, sambil bergaduh gaduh ngan adiknya..

Tertiba 'Izzah mengeluarkan 10 statement:

Kalau 'Izzah boleh duduk rumah Opah

  1. Boleh tolong pah memasak
  2. Boleh tengok lembu
  3. Boleh makan masakan opah
  4. Boleh kena buli ngan ayah ngah
  5. Boleh main ngan mak su dijah
  6. Boleh naik basikal
  7. Boleh main masak masak ngan mak su dijah
  8. Boleh hantar makanan kat rumah pah chor
  9. Tak yah bergaduh ngan adik…
  10. Boleh tidor ngan maksu dijah

Saturday, January 9, 2010

The record!

Sesudah sekian lamanya tak update, malah tak jengok pon blog yang tak seberapa ini... hari ini cuba plak tarukkan entry baru,,, fuh.. tak ada kena mengena dengan hidup sangat tapi untuk rasa suka yang ianya satu pengetahuan dan bagi kesedaran juga....

9hb Januari, 2010, permulaan bagi semester dec - april 2010..
subjek yang diambil kali ni macam tak best je namanya, tapi di sebabkan nak belajar, terpaksa mengebestkan juga dan mengetwistkan juga kata hati untuk mendapatkan feel yang baik dan malah lebih baik dari sem sem sebelomnya.. errr mungkin ini azam tahun baru kot!!

SMM 750
Management of Electronic Record
Lectured by : Dr. Rusnah Johare

Based on Langemo (1995) regards records as the 'memory of organization', the 'raw material for decision making', and the 'basic for legal defensibility'..

There are, more other authors that defines the records that based on their studies.
However, to be simple, the phrase of "memory of organization" are enough to show the need of record keeping for any transaction in the organization...
how about personal, as my lecturer said, if you put on some data in the CD (compact disc), or any thumb drive, and you claim it a record, you are wrong, that is no record if you just show the CD or thumb drive or any other gadget that bring your data inside until you has to open it using certain machine to show the information... the CD, thumdrive, or hard disc is only a gadget to carry the information.

Others than that, what are make us to understand more, the definition of record itself are, an account, as of information or facts, set down especially in writing as a means of preserving knowledge. (based on the free dictionary), and the Oxford dictionary stated that, the record is to keep a permanent account of facts or events by writing it down, filming then, storing then in a computer) yet, our lecturer still said that, keeping your record in the computer are not the record until you open it...
She also claim that, paper record is the most record, because we can see it directly and it can be readable, archival and relevant.

Then whole class get confuse, and one of us asking her, "it is so, why should we take this subject and learn this electronic records management?"

The answer are simple, "I need to tech you how to manage this electronic record, because most of organizations know to use the electronic record but do not know how to manage it".

After some arguing, then we understand, in this rapid changing of technology, the need to keeping the information as a record are very important, is there are no record, looks like a man with out a memory >> he will lost, and don't even recognize himself.

At the end of the class, we are really happy with the input she gave to us, she really sharing the knowledge she had.

As I had said this subject herd like a boring matter, but after combine the class and the lecturer it was an interesting subject.

I like it.

Monday, November 9, 2009

resepi resepi

sudah lama tak menjengok di sini dek kekangan masa yang tak boleh nak kata apa...
then, this time I am back bebeh!!

tapi entry kali ni sure ada ramai yang tunggu pasal dah janji, and sure ramai kata tak best..
kali ni
nak postkan resepi puding berkuah yang aku pelajari dari seorang sahabat di Kuala Kangsar satu ketika dulu...

Bahan bahannya:
untuk puding>

1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 tin susu cair
8 cawan air
1/2 cawan gula

secubit garam

Ini semua kasi campur, dan kacau atas api pelahan lahan, sampai tak melekat dari senduk (atau tempat pengacau).Boleh di tambah creme jagung dalam tin tu untuk dapat kan puding jagung sejati.
Pendek kata sebijik cam nak buat puding jagung le..

Kuah >>>
2/3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair

1 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Buah campuran ikut kegemaran.
Nata de coco, laici...

Campur kesemua bahan dan kacau di atas api sehingga menggelegak.

hmm.. terasa pulak kesedapannya..

eh lupa plak, taruk lam peti sejuk kasi sejuk sebelom dimakan. Cara menghidang >>> Puding jagung di potong dadu besar dan campur ngan kuah.
ini dia anak dara ku tolong mengacau puding... sib baik dah boleh harap,
inilah part paling boring sekali nak masak puding ni.. hahaha wakakaka



Tuesday, September 29, 2009

Cerita cuti untuk hari raya

Sebagai permulaan, harapnya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya moga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan"..


Untuk kali ini cuti raya, aku bersungguh-sungguh mengambil cuti selepas raya. harapannya agar dapat betul beraya dengan sebaiknya.
Kerja pejabat pon dapat diselesaikan sebelum cuti dan tinggal yang 'pending' dikhaskan dan ditinggalkan pesan pada adikku Hafizah (Internship student) untuk menjayakan kerja yang 'pending' itu. TERIMA KASIH di ucapkan atas jasamu itu.

Berbekalkan semangat kami sekeluarga mulakan perjalanan pulang ke kampung tengahari Sabtu (betul risiko).. dan memang sampai di Kuala Kangsar pon dah pukul 8.. huhu berbuka dalam kereta ja.. jalan sendat dengan kenderaan.

Singgah di rumah mertua, teruskan perjalanan ke Kulim ke rumah ibuku.. yaaa ini kali kedua aku berpagi raya di Kulim sepanjang aku berumah tangga.. Macam sedih bunyinya.

Raya!!

Pergi sembahyang raya. Zahra' sebelom merasa bosan menunggu untuk mula sembahyang. Akhirnya telekong pun dah tanggal tak sempat nak sembahyang raya!!


Menziarahi pusara ayahanda.

Makan laksa.

Layan Tetamu (Mostly sedara sedara) Emak saudaraku > Maksu dan Makteh.

Tengahari kami sekeluarga bergerak ke Kuala Kangsar. Ngejorkan gathering anak Padang Rengas kununnya.

Raya Kedua.
Beraya di rumah saudara sebelah mertuaku.

Raya Ketiga.
Beraya di rumah rakan kerjaku semasa di Takaful.

Raya Keempat.
Darling ku melawat klinik Kesihatan untuk mendapatkan nasihat kesihatan.
Petangnya juga beraya lagi di Sendayan Baru dan Lubok Merebo.
Malamnya bermain bunga api!! Main bunga api.

Raya Kelima.
Melawat dan pusing pusing Kuala.
Raya Keenam.
Pulang ke Kulim.

Raya Ketujuh.
Pagi ke Pasar borong dan market membeli barang untuk jamuan Tahlil pada malamnya.
Layan tetamu. Rakan sekolah ku yang telah lama tidak berjumpa. Sheeda, Amy dan Aznie


Raya Kelapan.
Siap siap untuk pulang ke Sungai Buloh.
Tapi singgah sebentar di Padang Rengas dan sempat juga melawat dan beraya di rumah rakan Takafulku yang lain. Misi ziarah lebih nak nengok anaknye rupa mana. ngeeeeee.
Bertolak ke Sungai Buloh.

Fuh sungguh beraya, walau pon tak le sakan mana.

Sambung pulak dengan satu hari lagi cuti.
Dengan alasan hari bekerja aku dan darling round round lak kat Plaza Low Yat. Cari barang katanya.
At last : Selasa 29hb September. Masuk bekerja. Ruang benti makan je yang ada.


Dan di ucapkan juga.. Selamat bekerja setelah kembali dari berhari raya!!!

Sunday, August 30, 2009

Penangan "Warungkampung"


Salah satu entry I think, therefore I am, menyebabkan aku telah terhambat untuk mengikuti promosinya itu.. Ianya berkenaan penulis Roald Dahl yang telah menulis buku kanak-kanak, yang aku rasakan begitu wow dan genius sekali... (walaupon belum membaca habis kesemua siri).

Dengan itu, pada PBAKL April hari tu, aku telah memejamkan mata membayar sejumlah $ untuk mendapatkan satu set buku tersebut. Memang berbaloi, ceritanya menarik penuh dengan imaginasi...



Dalam entry di warungkampung, menceritakan serba sedikit tentang kehidupan penulis ini mencari dan mendapatkan idea. Setelah dibaca, aku kaitkan pula dengan Sasterawan Negara kita Pak Samad ada juga persamaan di mana, mereka akan sentiasa menulis segala idea yang terlintas sebelum ianya hilang... menarik tu... aku pon cuba nak buat cam diorang jugak.. tapi its was really take time to make it as habit...

eh, lupa pulak nak kasi direct link ke entry warungkampung.. klik di sini.

http://ladyaznie.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget