Tuesday, September 29, 2009

Cerita cuti untuk hari raya

Sebagai permulaan, harapnya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya moga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan"..


Untuk kali ini cuti raya, aku bersungguh-sungguh mengambil cuti selepas raya. harapannya agar dapat betul beraya dengan sebaiknya.
Kerja pejabat pon dapat diselesaikan sebelum cuti dan tinggal yang 'pending' dikhaskan dan ditinggalkan pesan pada adikku Hafizah (Internship student) untuk menjayakan kerja yang 'pending' itu. TERIMA KASIH di ucapkan atas jasamu itu.

Berbekalkan semangat kami sekeluarga mulakan perjalanan pulang ke kampung tengahari Sabtu (betul risiko).. dan memang sampai di Kuala Kangsar pon dah pukul 8.. huhu berbuka dalam kereta ja.. jalan sendat dengan kenderaan.

Singgah di rumah mertua, teruskan perjalanan ke Kulim ke rumah ibuku.. yaaa ini kali kedua aku berpagi raya di Kulim sepanjang aku berumah tangga.. Macam sedih bunyinya.

Raya!!

Pergi sembahyang raya. Zahra' sebelom merasa bosan menunggu untuk mula sembahyang. Akhirnya telekong pun dah tanggal tak sempat nak sembahyang raya!!


Menziarahi pusara ayahanda.

Makan laksa.

Layan Tetamu (Mostly sedara sedara) Emak saudaraku > Maksu dan Makteh.

Tengahari kami sekeluarga bergerak ke Kuala Kangsar. Ngejorkan gathering anak Padang Rengas kununnya.

Raya Kedua.
Beraya di rumah saudara sebelah mertuaku.

Raya Ketiga.
Beraya di rumah rakan kerjaku semasa di Takaful.

Raya Keempat.
Darling ku melawat klinik Kesihatan untuk mendapatkan nasihat kesihatan.
Petangnya juga beraya lagi di Sendayan Baru dan Lubok Merebo.
Malamnya bermain bunga api!! Main bunga api.

Raya Kelima.
Melawat dan pusing pusing Kuala.
Raya Keenam.
Pulang ke Kulim.

Raya Ketujuh.
Pagi ke Pasar borong dan market membeli barang untuk jamuan Tahlil pada malamnya.
Layan tetamu. Rakan sekolah ku yang telah lama tidak berjumpa. Sheeda, Amy dan Aznie


Raya Kelapan.
Siap siap untuk pulang ke Sungai Buloh.
Tapi singgah sebentar di Padang Rengas dan sempat juga melawat dan beraya di rumah rakan Takafulku yang lain. Misi ziarah lebih nak nengok anaknye rupa mana. ngeeeeee.
Bertolak ke Sungai Buloh.

Fuh sungguh beraya, walau pon tak le sakan mana.

Sambung pulak dengan satu hari lagi cuti.
Dengan alasan hari bekerja aku dan darling round round lak kat Plaza Low Yat. Cari barang katanya.
At last : Selasa 29hb September. Masuk bekerja. Ruang benti makan je yang ada.


Dan di ucapkan juga.. Selamat bekerja setelah kembali dari berhari raya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget