Saturday, December 31, 2011

2011 yang memberi erti dan selamat tahun baru 2012



Selamat tahun baru 2012!!!


Jika tidak sempat menempatkan resolusi bagi diri sendiri setiap tahun, Allah sampaikan kita pada tahun baru ini, untuk kita perbaharui atau melaksanakan dan mencapai azam tersebut!!


Mengenangkan pada tahun 2011 sudah berlalu, tidak salah untuk diri sendiri mengimbas kembali kenangan yang ada dan terpahat dihati, mungkin untuk selamanya atau pun sebagai singgahan sebentar sementara memori yang ada dipenuhi dengan kenangan yang mungkin lagi manis dan hebat!


Permulaan tahun 2011, seperti biasa, tiada yang tersangat indah berlaku selepas menghabiskan kemanisan hujung tahun 2010, konvo untuk pengajian di UiTM, dengan harapan, gulungan (sekarang tidak lagi digulung) ijazah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, seperti terbengkalai, memandangkan keadaan diri sendiri yang macam sibuk melayan bos-bos (pelanggan) semasa ditempat kerja. Pemikiran juga rasa ingin berehat, tetapi takut kehilangan segala memori yang dilayangkan di neuron-neuron sistem saraf pusat. Perjalanan job seekers amat pelahan, dan hampir tidak membantu lansung.


Namun pada bulan Mac 2011, aku diketemukan kembali dengan hobi yang pernah menjengah dalam hidupku suatu ketika dahulu (macam sudah hidup lama menor). Crochet!!! atau mengait!. Dengan access kepada internet membuatkan aku mengalami sindrom keterujaan yang amat melampau hingga aku kembali obses dengan crochet dan benang.. yaaa dulu aku menyimpan dan membeli benang yang aku suka.. tapi pada masa itu tidak banyak jenis benang yang ada.. untuk brand yang klasik dan nostalgia di Malaysia kebanyakannya adalah jenama Minlon, kemudian Nona, Wina, dan macam-macam lagi yang aku sendiri tidak sangat tertarik untuk mendapatkannya.

Ini adalah amigurumi saya yang pertama!!
Lorve pertama yang dibuat! happy


Barulah sedar betapa selama ini aku hanya bergantung dikedai yang
menjual hook kecil-kecil.
Rupanya diluar sana, hook yang 
begitu besar pon ada di 
Malaysia ini. Terima Kash Cotton House Store
keseronokan ber'crochet' dihadiri juga kain felt sebagai
penyeri.. kesemua di atas adalah hasil tangan dari 'Izzah Bt Azhar.


Rasanya, ini adalah hobi yang paling manis dalam hidupku... terima kasih ku kepada Kak Anis yang memberi inspirasi untuk aku memegang hook dan benang ini.. dan tentunya emak aku.. lebihan benang, hook dan alat-alat mengait yang ditinggalkannya (mata tak nampak, terus tak pegang jarum dan benang seingat memori aku) menambahkan lagi inspirasi dan kehangatan untuk aku meneruskan hobi ini. 
































Semasa mencari bahan, alatan, benang dan sebagainya untuk 'crochet' terjumpa pula kain felt yang agak famous untuk dikreatifkan.. Aku juga mencuba untuk felting, tapi kejayaan lebih kepada anakku Pincess Izzah. 







Toto juga telah kembali ke pangkuan keluarga.. hampir 6 bulan
tinggal bersama keluarga angkat.

Dalam asyik dengan hobi crochet, Toto juga dipulangkan kepada kami kembali.. sukaaa.. tapi selepas pulangnya Toto, Orenji pula menghilangkan diri, masa pulang ke kampung, keadaan tidak biasa padanya, menyebabkan dia mungkin sesat.. alooor mana leee dia pegi.. the coolest cat in the world..
tahun 2011 juga kami sekeluarga kehilangan Orenjii.. amat sedih..
seekor kucing yang sangat cool!

kini sudah pon melahirkan 3 ekor baby
yang sangat comel dan montel




















Dan sekarang, Toto telah menjadi ibu kepada 3 cutest kitten!


Tapi hari ini :


lampu 'study' aku sudah ada mentol setelah hampir setahun bergelap! tapi kali ini, lampu ini digunakan untuk baca pattern dan mengira jumlah jahitan dan kaitan, yang dahulunya menjadi peneman semasa belajar.. haaa... tapi kadang lebih kepada peneman semasa tidor.. maklumlah study lepas balik keja amat letih.. lalu terus tertidur di bawah sinaran lampu meja.
yeay!
Persembahkan, hasil tanganku sepanjang tahun 2011 bermula dari bulan March 2011.. bagi aku, ini sudah cukup memberi kebanggaan dan lebih inspirasi untuk menghasilkan lagi sesuatu (kraf dari crochet) yang sangat osem!!
Amigurumi


Ripple blanket, yang sampai sekarang belum siap. blanket granny square yang wow.. sangat selesa nak golek-golek..


antara amigurumi yang telah berjaya dilaksanakan. 


Slipper, antara order paling banyak dibuat, selain dari handphone stocking, sarung bantal untuk kegunaan sendiri


antara benang yang terkumpul.. sudah gila benang, button juga...


Totoro, our family favorite anime character!!
Ruang menjahit (felting untuk anak-anak), crochet dan knitting bakal menyusul sedang dinaiktarafkan. Saya dalam proses mengadakan studio dirumah. Beberapa 'wishlist' telah berada di minda dan sentiasa dikenang untuk diadakan perlahan-lahan.


Kadang-kadang rasanya tidak sabar, tapi harus bersabar, seperti membuat amigurumi yang besar... lama-lama hasilnya amat memuaskan!!




XX_______________________________________________________________________XX

Sunday, December 18, 2011

Beanie crochet!

Salam sejahtera,

Thank you for all viewvers!! I am appreciated it.

My entry this time is about beanie.
Pertama kali membuat beanie berpandukan bacaan pattern yang diambil dari internet, sangat mengujakan.
Pattern yang didapati amat mudah untuk dipelajari. Bermula dengan ketabahan (ciewah), ready minda dan smangat, telah siap satu beanie yang comel.. eheee sangat suka, hitam dan putih yang akan diberikan kepada  anak Madam Siti Sabarina, kerana setakat kelahiran dia di dunia ni, belum pernah dihadiakan apa-apa.. Harap anakku Raikarl suka pada topi beanie tu yee.... 

cubaan pertama, bewarna hitam dan putih, dan yang hijau tu  kedua kalinya!!
selepas cubaan pertama, terhasil juga cubaan kedua (asalnya ada permintaan offline juga), menuruti betul-betul pattern yang diberikan, untuk dewasa, cubaan kedua ini gagal untuk dipakaikan kepada lelaki dewasa.
Tapi untuk saiz kepala perempuan, amat sesuai.. tak mengapa, boleh cuba lagi.. cumanya, agak curiuos juga dengan jenis benang yang digunakan oleh mat saleh kat luar sana, saiz benangnya tak sama macam kat Malaysia ni... nasih ada group Yarn Lovers Malaysia, yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bantuan jika diperklukan. Sangat berguna, dan juga diperkenalkan info-info yang menarik tentang benang, saiz hook yang patut digunakan untuk menghasilkan saiz pakaian, slipper, topi atau apa-apa sahaja yang memerlukan saiz.

Terima kasih kepada ahli YLM!!


gabungan warna juga adalah cubaan, memandangkan warna
yang ada adalah  baki  benang  hasil dari projek yang lain.
Bagaimanapun, saya masih lagi meneruskan projek beanie ini, untuk menajamkan lagi kemahiran saya!!

I lorvve crochet!!!

Thursday, December 8, 2011

My QR code



My QR code :



Selama hari ini, asik mendengar En. Azli Paat memberi tip-tip dalam dunia IT, juga memberi inspirasi kepada ku untuk mendapatkan sendiri QR code nih.!! Tarrraaaa...



Cumanya, untuk sementara memahami kegunaan QR code ini dengan lebih terperinci, I am first generate this label, then I will study again what is the circumstances or chances while having this code!!

I am realize that, this QR code can be change, if I need a certain info contain at that code.. so stay tune, to my self go and study again the uses of this code!

XX___________________________________________________________________________XX
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget