Assalam,
Syukur ke hadrat Ilahi, semalam bertambah genap satu tahun lagi diriku berumah tangga dengan kekasih hati 11 tahun dahulu. Allah masih memanjangkan usia kami untuk menikmati segala anugerah yang ditebarkan dimuka bumi ini untuk kita terus mencari...
whoaaa.... dalam seronok memikirkan untuk esok hari, terfikir, jika Ummi 'Izzah dan Zahra' nak buat 2 acara dalam blog ni..
1. Diriku nak buat "give away" hmmm ada sambutan kee?? since pembaca blog ini pon kurang..
caranya adalah kepada orang yang melewati blog ini, dan meletakkan komen yang best!
"Give Away" untuk dua orang komen pertama boleh camtu... boleh ajalah sebab dah niat.. hehehe..
2. Satu lagi, nak buat jualan suprise, tetapi lebih pada lelaki,... errr perempuan pun boleh..
jualan ni lebih kepada nak mengeratkan hubungan silaturrahim.. maklum leee, bila lama dah kahwin ni, tak macam masa bercinta dulu... hangattt je perasaan.. kalo sekarang banyak benda yang perlu difikirkan, jadi hangatnya itu sejuk sedikit untuk perkara lain.. ye tak?...
Apa-apa pun tak mengapa, ini adalah cadangan sahaja, barang jualannya akan diuploadkan pada hujung minggu hadapan... jadi barangnya juga suprise lagi...tapi tentunya 'handmade' eheee
Showing posts with label kraf. Show all posts
Showing posts with label kraf. Show all posts
Sunday, September 16, 2012
Sempena Ulang Tahun yang ke- sebelas!!
Saturday, August 4, 2012
My little dress
Assalamualaikum...
Sudah lama tak menjengok di sini. Maklumlah tahap kesibukkan yang melanda sampai lupa saya ada blog. Walaupun ada notification yang memberi tahu dan mengingatkan yang diriku ada blog, namum masih belum sempat menjengoknya.
Di akhir ini, kedatangan kekecewaa dalam diri ini, disaluti dengan inspirasi yang membuak untuk menyiapkan segala tempahan sebelum minggu hadapan diriku temui satu lagi inspirasi mini dress.
Dari situ, aku memberikan sedikit ketekunan, nah hasilnya. Sepasang dress untuk anak patung Barbie yang sudah lama tak berbaju... ;)

Labels:
anak-anakku,
as a beginner,
Barbie,
craft,
crochet,
famili,
kraf,
krusye
Posted by
Ummi Izzah Zahra dan Dzarr
at
Saturday, August 04, 2012
Saturday, May 26, 2012
Ripple cushion cover.
Salam sejahtera,
Selepas menjalani pembedahan Laparoscopy, aku diberi cuti sakit 2 minggu. Sebelum ini juga telah berada di dalam perancangan dan, minda bawah sedarku sudah meletakkan satu tanda aras di mana, prosedur laparoscopy tidak melibatkan pacaindera atau angota badan yang lain selain bahagian abdomen. Selepas mendapat rawatan dan nasihat dari doktor. Jadi, dengan yakinnya aku dapat menyiapkan ripple cushion cover yang telah dilancarkan oleh sekumpulan ahli pencinta benang di dalam Facebook!.
Ini adalah kali pertama aku menyertai aktivi ini, selama hampir setahun berada di dalam kumpulan tersebut.
Ahli kumpulan ini tidak lokek, setiap kali dianjurkan CAL (Crochet Along) pattern dan contoh akan diberi bersama, ini kerana, setiap ahli percaya, bagaimana pattern dan contoh yang diberikan atau dikongsi, hasilnya adalah berbeza mengikut pembuatnya. Sebab, krusye juga adalah suatu seni.
Ini adalah antara pattern yang dikongsi bersama, ianya sungguh menarik dan memberi inspirasi.
![]() |
| ini adalah pattern yang digunakan |
![]() |
| permulaan dengan pemilihan warna yang terang! |
![]() |
| sambungan, masa di hospital, tetap boleh mengait! |
![]() |
| bantal yang dibuat sendiri, sudah tentu mengikut saiz yang dikehendaki sendiri |
![]() |
| sudah siap! |
![]() |
| sudah siap untuk dimasukkan ke dalam ripple cover |
![]() |
| cushion cover pertama bergandingan bersama Totoro |
![]() |
| cushion cover yang ke-dua |
![]() |
| gandingan kedua-dua cushion pillow with ripple cover |
Dan ini adalah hasil kerja tangan dariku untuk seminggu ini. Sungguh berbangga rasanya!
Kepada para pengkrusye, mari kita sama-sama hasilkan sesuatu dari kerja tangan kita, kerana ianya adalah sebahagian dari seni!
Saya suka.
XXXXXX__________________________________________________________________________________________XXXXX
Labels:
as a beginner,
crochet,
knowledge sharing,
kraf,
krusye,
ripple,
separa diari
Posted by
Ummi Izzah Zahra dan Dzarr
at
Saturday, May 26, 2012
Sunday, April 15, 2012
Bukan komik, bukan crochet, tetapi menjahit 'felting'
Bukan komik, bukan crochet, tetapi menjahit 'felting' (apa dalam bahasaMelayunya ya?)
Seminggu yang lepas, ITBM menganjurkan majlis pelancaran tiga buah buku Pak Samad :
1. Biografi A. Samad Said : Memberi Hati Nurani
2. Pak Samad : Di Mata Kami
di Kedai buku yang terkenal, Kinokuniya, dan 'Izzah dan Zahra' sudah memasang angan-angan untuk membeli buku, termasuk juga umminya... :P.
Selesai majlis pelancaran, 'Izzah, turun mencari buku siri yang mahu dimiliki penuh koleksinya. Hanya dapat sebuah sahaja.
Tetapi, Azzahra' ada agendanya sendiri, dia mahu buku kraf!. ummi juga inginkan buku krusye, tetapi, selepas dibelek-belek buku yang berkenan, dan maklum bahawa, paten yang terdapat dalam buku tersebut hampir sama seperti yang ada di dalam internet. Jadi rasanya tidak menjadi keperluan lagi. Akhirnya terjumpa buku jahitan 'felting'. Waah, menarik juga, Zahra' terus pegang tak mahu letak-letak lagi.
Dan hari ini, yaaaa, kami Ummi, 'Izzah dan Zahra' berpeluang mempraktikkan demo di dalam buku tersebut.
yeay... ini hsilnya... akan kami mulakan lagi dengan banyak paten lagi.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Seminggu yang lepas, ITBM menganjurkan majlis pelancaran tiga buah buku Pak Samad :
1. Biografi A. Samad Said : Memberi Hati Nurani2. Pak Samad : Di Mata Kami
3. Rindu Ibu : 101 Puisi Kanak-kanak Menjelang Remaja
Selesai majlis pelancaran, 'Izzah, turun mencari buku siri yang mahu dimiliki penuh koleksinya. Hanya dapat sebuah sahaja.
| inilah buku yang dipegang Azzahra'. Keseluruhannya adalah di dalam Bahasa Jeun. |
Tetapi, Azzahra' ada agendanya sendiri, dia mahu buku kraf!. ummi juga inginkan buku krusye, tetapi, selepas dibelek-belek buku yang berkenan, dan maklum bahawa, paten yang terdapat dalam buku tersebut hampir sama seperti yang ada di dalam internet. Jadi rasanya tidak menjadi keperluan lagi. Akhirnya terjumpa buku jahitan 'felting'. Waah, menarik juga, Zahra' terus pegang tak mahu letak-letak lagi.
Dan hari ini, yaaaa, kami Ummi, 'Izzah dan Zahra' berpeluang mempraktikkan demo di dalam buku tersebut.
| Zahra' mahukan warna yang sama sepert di dalam buku. |
yeay... ini hsilnya... akan kami mulakan lagi dengan banyak paten lagi.
| miau.... mulut cara baru. Kali pertama cuba. |
Posted by
Ummi Izzah Zahra dan Dzarr
at
Sunday, April 15, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)