Sunday, September 16, 2012
Sempena Ulang Tahun yang ke- sebelas!!
Syukur ke hadrat Ilahi, semalam bertambah genap satu tahun lagi diriku berumah tangga dengan kekasih hati 11 tahun dahulu. Allah masih memanjangkan usia kami untuk menikmati segala anugerah yang ditebarkan dimuka bumi ini untuk kita terus mencari...
whoaaa.... dalam seronok memikirkan untuk esok hari, terfikir, jika Ummi 'Izzah dan Zahra' nak buat 2 acara dalam blog ni..
1. Diriku nak buat "give away" hmmm ada sambutan kee?? since pembaca blog ini pon kurang..
caranya adalah kepada orang yang melewati blog ini, dan meletakkan komen yang best!
"Give Away" untuk dua orang komen pertama boleh camtu... boleh ajalah sebab dah niat.. hehehe..
2. Satu lagi, nak buat jualan suprise, tetapi lebih pada lelaki,... errr perempuan pun boleh..
jualan ni lebih kepada nak mengeratkan hubungan silaturrahim.. maklum leee, bila lama dah kahwin ni, tak macam masa bercinta dulu... hangattt je perasaan.. kalo sekarang banyak benda yang perlu difikirkan, jadi hangatnya itu sejuk sedikit untuk perkara lain.. ye tak?...
Apa-apa pun tak mengapa, ini adalah cadangan sahaja, barang jualannya akan diuploadkan pada hujung minggu hadapan... jadi barangnya juga suprise lagi...tapi tentunya 'handmade' eheee
Saturday, December 31, 2011
2011 yang memberi erti dan selamat tahun baru 2012
Selamat tahun baru 2012!!!
Jika tidak sempat menempatkan resolusi bagi diri sendiri setiap tahun, Allah sampaikan kita pada tahun baru ini, untuk kita perbaharui atau melaksanakan dan mencapai azam tersebut!!
Mengenangkan pada tahun 2011 sudah berlalu, tidak salah untuk diri sendiri mengimbas kembali kenangan yang ada dan terpahat dihati, mungkin untuk selamanya atau pun sebagai singgahan sebentar sementara memori yang ada dipenuhi dengan kenangan yang mungkin lagi manis dan hebat!
Permulaan tahun 2011, seperti biasa, tiada yang tersangat indah berlaku selepas menghabiskan kemanisan hujung tahun 2010, konvo untuk pengajian di UiTM, dengan harapan, gulungan (sekarang tidak lagi digulung) ijazah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, seperti terbengkalai, memandangkan keadaan diri sendiri yang macam sibuk melayan bos-bos (pelanggan) semasa ditempat kerja. Pemikiran juga rasa ingin berehat, tetapi takut kehilangan segala memori yang dilayangkan di neuron-neuron sistem saraf pusat. Perjalanan job seekers amat pelahan, dan hampir tidak membantu lansung.
Namun pada bulan Mac 2011, aku diketemukan kembali dengan hobi yang pernah menjengah dalam hidupku suatu ketika dahulu (macam sudah hidup lama menor). Crochet!!! atau mengait!. Dengan access kepada internet membuatkan aku mengalami sindrom keterujaan yang amat melampau hingga aku kembali obses dengan crochet dan benang.. yaaa dulu aku menyimpan dan membeli benang yang aku suka.. tapi pada masa itu tidak banyak jenis benang yang ada.. untuk brand yang klasik dan nostalgia di Malaysia kebanyakannya adalah jenama Minlon, kemudian Nona, Wina, dan macam-macam lagi yang aku sendiri tidak sangat tertarik untuk mendapatkannya.
| Ini adalah amigurumi saya yang pertama!! |
| Lorve pertama yang dibuat! happy |
| Barulah sedar betapa selama ini aku hanya bergantung dikedai yang menjual hook kecil-kecil. Rupanya diluar sana, hook yang begitu besar pon ada di Malaysia ini. Terima Kash Cotton House Store |
![]() |
| keseronokan ber'crochet' dihadiri juga kain felt sebagai penyeri.. kesemua di atas adalah hasil tangan dari 'Izzah Bt Azhar. |
Rasanya, ini adalah hobi yang paling manis dalam hidupku... terima kasih ku kepada Kak Anis yang memberi inspirasi untuk aku memegang hook dan benang ini.. dan tentunya emak aku.. lebihan benang, hook dan alat-alat mengait yang ditinggalkannya (mata tak nampak, terus tak pegang jarum dan benang seingat memori aku) menambahkan lagi inspirasi dan kehangatan untuk aku meneruskan hobi ini.
Semasa mencari bahan, alatan, benang dan sebagainya untuk 'crochet' terjumpa pula kain felt yang agak famous untuk dikreatifkan.. Aku juga mencuba untuk felting, tapi kejayaan lebih kepada anakku Pincess Izzah.
| tahun 2011 juga kami sekeluarga kehilangan Orenjii.. amat sedih.. seekor kucing yang sangat cool! |
| kini sudah pon melahirkan 3 ekor baby yang sangat comel dan montel |
Dan sekarang, Toto telah menjadi ibu kepada 3 cutest kitten!
Tapi hari ini :
lampu 'study' aku sudah ada mentol setelah hampir setahun bergelap! tapi kali ini, lampu ini digunakan untuk baca pattern dan mengira jumlah jahitan dan kaitan, yang dahulunya menjadi peneman semasa belajar.. haaa... tapi kadang lebih kepada peneman semasa tidor.. maklumlah study lepas balik keja amat letih.. lalu terus tertidur di bawah sinaran lampu meja.
| yeay! |
![]() |
| Amigurumi |
![]() |
| Ripple blanket, yang sampai sekarang belum siap. blanket granny square yang wow.. sangat selesa nak golek-golek.. |
![]() |
| antara amigurumi yang telah berjaya dilaksanakan. |
![]() |
| Slipper, antara order paling banyak dibuat, selain dari handphone stocking, sarung bantal untuk kegunaan sendiri |
![]() |
| antara benang yang terkumpul.. sudah gila benang, button juga... |
![]() |
| Totoro, our family favorite anime character!! |
Kadang-kadang rasanya tidak sabar, tapi harus bersabar, seperti membuat amigurumi yang besar... lama-lama hasilnya amat memuaskan!!
XX_______________________________________________________________________XX
Sunday, April 3, 2011
23 jam
Wednesday, March 30, 2011
Crochet Hook
Tuesday, March 29, 2011
Crafty crafty
Setelah melihat beberapa post yang telah ditampal di laman social facebook oleh kawan-kawan, ada satu post yang menarik minat aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Post dari Along Arey, meletakkan wishlist nya untuk mendapatkan baby cocoon… apakah itu baby cocoon? Terpanggil untuk mengetahuinya, aku pun meng’hilite’kan dan ctrl+c dan gamkan di carian goggle.. nah beberapa hasilan yang diterima, memilih salah satu dan wow, ini rupanya baby cocoon…. Rupanya seperti sehelai stoking yang besar dan digunakan untuk memasukkan bayi yang baru lahir ke dalamnya bagi membedung bayi tersebut, yaaa memang ianya digunakan untuk membedung bayi, cuma bezanya ianya diperbuat dari benang yang dikait (crochet) atau knitting ..errr apa dalam Bahasa Melayunya ya…
Dalam pencarian yang keterujaan yang menghimpit pemikiran aku pada ketika itu, teng tetengggg…. Aku telah menjumpai satu benda yang tak sangka pula boleh ada dalam bentuk crochet, sedangkan selama ini errr teringin juga untuk memilikinya… haa white Totoro amigurumi… apa pula itu Totoro, seekor haiwan fantasi yang telah dicipta oleh Hayao Miyazaki di dalam cerita My neighbor Totoro.. hehehehe.. sangat suka, dan telah juga menjumpai cara-cara membuatnya… apa pula amigurumi.. amigurumi adalah sesuatu bentuk patung (doll) yang dicipta atau dibina menggunakan crochet atau knitting.
Sangat sesuai, dan inilah hasilnya :
Mula di bahagian teling, sangat susah memandangkan sudah lama tak pegang hook, dan ianya sangat kecil.
Sudah bercantum...
Yeay.. tahniah.. walaupun sangat kecil, tapi agak berjaya..
Sangat gembira dapat menghasilkan white totoro ini..
Anak-anak juga sungguh tidak sabar untuk bermain dengan haiwan comel ini… bolehlah ummi mengasah lagi bakat terpendam yang jarang-jarang keluar dan menghasilkan sesuatu.. makin terpikat pulak dengan hasil kraf ini… ajaja hoiti..







