Monday, November 9, 2009

resepi resepi

sudah lama tak menjengok di sini dek kekangan masa yang tak boleh nak kata apa...
then, this time I am back bebeh!!

tapi entry kali ni sure ada ramai yang tunggu pasal dah janji, and sure ramai kata tak best..
kali ni
nak postkan resepi puding berkuah yang aku pelajari dari seorang sahabat di Kuala Kangsar satu ketika dulu...

Bahan bahannya:
untuk puding>

1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 tin susu cair
8 cawan air
1/2 cawan gula

secubit garam

Ini semua kasi campur, dan kacau atas api pelahan lahan, sampai tak melekat dari senduk (atau tempat pengacau).Boleh di tambah creme jagung dalam tin tu untuk dapat kan puding jagung sejati.
Pendek kata sebijik cam nak buat puding jagung le..

Kuah >>>
2/3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair

1 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Buah campuran ikut kegemaran.
Nata de coco, laici...

Campur kesemua bahan dan kacau di atas api sehingga menggelegak.

hmm.. terasa pulak kesedapannya..

eh lupa plak, taruk lam peti sejuk kasi sejuk sebelom dimakan. Cara menghidang >>> Puding jagung di potong dadu besar dan campur ngan kuah.
ini dia anak dara ku tolong mengacau puding... sib baik dah boleh harap,
inilah part paling boring sekali nak masak puding ni.. hahaha wakakaka



Tuesday, September 29, 2009

Cerita cuti untuk hari raya

Sebagai permulaan, harapnya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya moga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan"..


Untuk kali ini cuti raya, aku bersungguh-sungguh mengambil cuti selepas raya. harapannya agar dapat betul beraya dengan sebaiknya.
Kerja pejabat pon dapat diselesaikan sebelum cuti dan tinggal yang 'pending' dikhaskan dan ditinggalkan pesan pada adikku Hafizah (Internship student) untuk menjayakan kerja yang 'pending' itu. TERIMA KASIH di ucapkan atas jasamu itu.

Berbekalkan semangat kami sekeluarga mulakan perjalanan pulang ke kampung tengahari Sabtu (betul risiko).. dan memang sampai di Kuala Kangsar pon dah pukul 8.. huhu berbuka dalam kereta ja.. jalan sendat dengan kenderaan.

Singgah di rumah mertua, teruskan perjalanan ke Kulim ke rumah ibuku.. yaaa ini kali kedua aku berpagi raya di Kulim sepanjang aku berumah tangga.. Macam sedih bunyinya.

Raya!!

Pergi sembahyang raya. Zahra' sebelom merasa bosan menunggu untuk mula sembahyang. Akhirnya telekong pun dah tanggal tak sempat nak sembahyang raya!!


Menziarahi pusara ayahanda.

Makan laksa.

Layan Tetamu (Mostly sedara sedara) Emak saudaraku > Maksu dan Makteh.

Tengahari kami sekeluarga bergerak ke Kuala Kangsar. Ngejorkan gathering anak Padang Rengas kununnya.

Raya Kedua.
Beraya di rumah saudara sebelah mertuaku.

Raya Ketiga.
Beraya di rumah rakan kerjaku semasa di Takaful.

Raya Keempat.
Darling ku melawat klinik Kesihatan untuk mendapatkan nasihat kesihatan.
Petangnya juga beraya lagi di Sendayan Baru dan Lubok Merebo.
Malamnya bermain bunga api!! Main bunga api.

Raya Kelima.
Melawat dan pusing pusing Kuala.
Raya Keenam.
Pulang ke Kulim.

Raya Ketujuh.
Pagi ke Pasar borong dan market membeli barang untuk jamuan Tahlil pada malamnya.
Layan tetamu. Rakan sekolah ku yang telah lama tidak berjumpa. Sheeda, Amy dan Aznie


Raya Kelapan.
Siap siap untuk pulang ke Sungai Buloh.
Tapi singgah sebentar di Padang Rengas dan sempat juga melawat dan beraya di rumah rakan Takafulku yang lain. Misi ziarah lebih nak nengok anaknye rupa mana. ngeeeeee.
Bertolak ke Sungai Buloh.

Fuh sungguh beraya, walau pon tak le sakan mana.

Sambung pulak dengan satu hari lagi cuti.
Dengan alasan hari bekerja aku dan darling round round lak kat Plaza Low Yat. Cari barang katanya.
At last : Selasa 29hb September. Masuk bekerja. Ruang benti makan je yang ada.


Dan di ucapkan juga.. Selamat bekerja setelah kembali dari berhari raya!!!

Sunday, August 30, 2009

Penangan "Warungkampung"


Salah satu entry I think, therefore I am, menyebabkan aku telah terhambat untuk mengikuti promosinya itu.. Ianya berkenaan penulis Roald Dahl yang telah menulis buku kanak-kanak, yang aku rasakan begitu wow dan genius sekali... (walaupon belum membaca habis kesemua siri).

Dengan itu, pada PBAKL April hari tu, aku telah memejamkan mata membayar sejumlah $ untuk mendapatkan satu set buku tersebut. Memang berbaloi, ceritanya menarik penuh dengan imaginasi...



Dalam entry di warungkampung, menceritakan serba sedikit tentang kehidupan penulis ini mencari dan mendapatkan idea. Setelah dibaca, aku kaitkan pula dengan Sasterawan Negara kita Pak Samad ada juga persamaan di mana, mereka akan sentiasa menulis segala idea yang terlintas sebelum ianya hilang... menarik tu... aku pon cuba nak buat cam diorang jugak.. tapi its was really take time to make it as habit...

eh, lupa pulak nak kasi direct link ke entry warungkampung.. klik di sini.

http://ladyaznie.blogspot.com/

Saturday, August 29, 2009

"Rindu Ibu"


Cuti sekolah telah berakhir seminggu... dan telah dua minggu jugalah aku tak pegang buku sekolah aku... huhuhu...(tapi sempat pulak update blog) :D.

Apapun, dalam kebanggaan menyambut bulan puasa ini, terhadap pula cuti sekolah... berbekalkan buku puisi 'Rindu Ibu' karya Sasterawan Negara A. Samad Said untuk 'Izzah habiskan masa di taska... sudah masuk muka surat ke 43 dia baca... akan aku bekalkan lagi buku-buku untuk bacaan umumnya...

Friday, August 21, 2009

pada Ramadhan ini.

untuk Ramadhan kali ini...

Tiada lagi gurauan dengan cucu-cucunya, walaupun dia jarang bergurau dengan anak-anaknya. Tegasnya menjadikan dia garang dimata anak-anaknya.

Tiada lagi enjin bot di belakang pintu, yang selalu menjadi rungutan bagi kami anaknya setiap kali mengemas rumah... 'berat untuk diubah, semak aja'...

Tiada lagi batang pancing yang berbelas banyaknya di sudut pintu, yang menjadi stor kecil untuknya.

Tiada juga senapang patahnya yang biasa disimpan rapi di dalam almari, sekiranya tidak digunakan.

Tiada juga sempat diperturunkan pada anak-anaknya menjahit jala..

Tiada juga diajarkan pada anaknya membuat pisau...

Tiada juga sempat anak lelakinya berilmu memburu darinya....

Tiada juga lagi akan ajakan menjala udang atau menaiki bot di Kuala Kurau atau di Ladang Byram..

MAKA, akan rindulah cucu-cucunya untuk menjamu hasil tangkapan udang galah seperti selalunya..
maka, akan rindulah kami anak-anaknya akan hasil buruannya...
maka, akan rindulah juga kami melihat kucing rumah tertunduk hormat tatkala dia melintas masuk ke rumah...
Maka, akan rindulah aku untuk setiap bait bakatnya menghasilkan sesuatu....

Semua ini akan menjadi kenangan, akan pasti terpahat di benak fikiran..

Di Ramadhan yang Satu ini, akan kami iringi dengan doa... moga dirinya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah...
http://ladyaznie.blogspot.com/

Monday, July 27, 2009

Pirate....


ini antara rakan sekalian kelas.. huru hara


Al kisah, kelas FLP yang riuh rendah dek suara suara murid tua + berpengalaman.... macam-macam cerita kluar.. lucu, sensored (sabor ajelah), cerdik, bijak, lulus, hantu (Puncak perdana memang terkenal di kalangan student tetap dan lecturer sekalipun).

Janji lecturer Dr. xxxxx nak belikan buku teks untuk anak-anak muridnya (yang masih lagi mengharap kat cikgu.. aparaaa...) sebenarnya ramai dah beli buku untuk subjek tu, sekali tersilap daa.. Dr. xxxxx mention buku tu akan di import oleh pembekal.. insyaAllah akan dapat masa kelas seterusnya...

Seperti yang dijanjikan, kelasnya sudah tiba... berduka citalah sekelian rakan sekelas mengharap buku yang dijanjikan tidak kunjung tiba... tapiiii... otak bergeliga dr. xxxxx amat di hargai.. dia telah mengarahkan pembekal yang kununnya nak membekalkan buku pada kami yang sangat memerlukan teks tersebut untuk memotostatkan buku tersebut... siap kaler lagi covernya...
Dipesan kan pada anak muridnya, "saya tahu ini melibatkan isu copyright, tapi terpaksa, kalau nak tunggu hujung tahun ni baru boleh dapt, time tu semester pon dah abis...."

Jadi berebut rebutlah sekelian rakan sekelas membeli, membayar dan mengambil seterusnya membelek-belek dengan bangganya setelah mendapat buku baru walaupon potostate...

Dalam keadaan tenang lecturer nak mula kelas sambil anak muridnya merefer pada buku baru tersebut ada pulak seorang rakan sekelas dari sekelian rakan kelas bertanya "Dr. xxxxx, CD pirate tak disertakan sekali ke?" - sambil tersenyum Dr. xxxxx, dan riuh lah kembali kelas dengan ketawa....

http://ladyaznie.blogspot.com/



Tuesday, July 14, 2009

apa yang akan di penuhkan dalam blog ini


Dahulunya aku cuba bejinak blogging secara photo, kununnya biar gambar menceritakan segalanya... ternyata, haish banyak plak command yang perlu dipelajari dan harus diingati selalu bagi aku yang bukanlah seorang photojournalism (berangan juga)...


So mengambil pendekatan baru, apa kata, aku mula menulis balik... alaaa cam bloggers yang ada kat Malaysia ni, termasuk bloggers yang bukan dari Malaysia pon... lagi pun ianya akan mengasah bakat menulisku yang telah lama di telan dek zaman... cuma sekarang ni tak perlu menulis tapi menaip...

Ok, merapu lak.. puas jugak memikirkan apa nanti entry yang akan aku jadi kan cerita dalam blog ini, antara yang terfikir sekarang ini, ianya mungkin berkisar tentang diri aku terutamanya, (sesuatu yang sepatutnya harus difikirkan sekarang, dan sudah ada outputnya), pasal kerjaya aku, isu semasa yang simple, my family life, dan juga mungkin berkenaan hidup sebagai seorang student yang tak macam student.. hehehehe... (this one especially to my classmate.. peaaace) Dan rasanya itu ja yang mampu terpikir buat malam ini... lagi, mencari kenapa perlunya blogging, stated dalam wikipedia (walaupun my lecturer Pak Ray, menyatakan yang wikipedia punya statement tidak boleh diterima pakai untuk rujukan) ia menyatakan bahawa... baca sendiri lak ek
"Personal blogs
The personal blog, an ongoing diary or commentary by an individual, is the traditional, most common blog. Personal bloggers usually take pride in their blog posts, even if their blog is never read by anyone but them. Blogs often become more than a way to just communicate; they become a way to reflect on life or works of art. Blogging can have a sentimental quality. Few personal blogs rise to fame and the mainstream, but some personal blogs quickly garner an extensive following. A type of personal blog is referred to as "microblogging," which is extremely detailed blogging as it seeks to capture a moment in time. Sites, such as Twitter, allow bloggers to share thoughts and feelings instantaneously with friends and family and is much faster than e-mailing or writing."A
dan inilah permulaan untuk aku menjadi sebahagian dari ini... BLOGGERS

Wednesday, July 8, 2009

permulaan buat ku...


orang pertama yang tersenyum bila aku kata... aku nak buat blog.... is my hubby!!!
Sudah banyak kali dia mendesak aku untuk blogging... so sekarang sebagai permulaan pada penggal ketiga ini, aku cuba untuk meneruskan usaha aku yang sudah setahun tertinggal... Thanks ya habibiku, sebagai pemberi semangat.

Dengan ini, aku memulakan langkah untuk menulis, menaip blog!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget