Saturday, October 30, 2010

we are really enjoy!!

... seminggu yang lepas, Kementerian Pelajaran menganjurkan sukan MESCA (tidak pasti abbreviation dari ayat apa.. maaf ye)... untuk anak-anak syarikat dan cabang-cabang jabatan yang bernaung di bawah kementeriannya...

ada dua kategori permainan yang dipertandingkan, Indoor dan outdoor..

permainan Indoor seperti, : batu seremban, congkak, karom, lagi ape.. dah tak ingat,

untuk outdoor : bola sepak, bola jaring, bowling (eh ini indoor ke outdoor? ) badminton.. dan lagi dan lagi..

antara permainan yang mendapat tempat di hati pekerja wanita ITNM untuk outdoor game adalah bola jaring... yaaa ITNM menghantar satu pasukan untuk bola jaring yang telah diformasikan dalam masa kurang seminggu...

lebih kepada kerelaan juga untuk bermain, walaupun rata rata pemain bukanlah biasa bermain bola jaring, mungkin dalam pasukan tu ada 4 ke 5 orang yang betul betul penah mewakili sekolah, daerah atau pun errr negeri.. so, berbekalkan semangat kesukanan, bakat, kerelaan, dan harapan... kami pun berlatih dan mengatur strategi seperti mana mungkin pasukan lain juga berbuat demikian...

coach yang sekejap aje (thanks to Kak Zai) memberi penilaian dan strategi yang baik..., selebihnya diserahkan kepada pemain sendiri...

bermula, pada hari selasa hingga jumaat kami berlatih bersungguh-sungguh walaupun sehari hanya ada satu jam setengah sahaja.. dan bermaksud jumlah latihan kami hanya enam jam!! waah...

datang pada hari penentuan, hari sabtu... tanpa penyokong yang membawa pom-pom untuk menjerit di tepi padang memberi semangat kepada pemain semasa perlawanan, kami bermain bersungguh-sungguh... yaaaa kami membolot semua kedudukan >> game pertama : kalah... (terkejut dengan wisel pengadil.. selama berlatih tak ada wisel dan pengadilnya bercakap Inggeris dengan amat pekat sehingga tidak faham... errr "sorry girl" katanya kepada seorang pemain dari pasukan kami disebabkan wiselnya banyak ditujukan untuk dia.. ngeeee), game ke dua : seri... dan game ke tiga : yes menang... dan kemenangan ini membawa kami ke peringkat suku akhir.. oh tidak sangka...

selepas solat dan makan tengah hari, perlawanan disambung, dan sampailah giliran pasukan kami menentang pasukan errr sudah tidak ingat... akhirnya kami kecundang..

tapi.... lepas je keluar padang, semua pemain menjerit yeaaa boleh balik.... tapi dihampakan oleh jeritan Kak Yati selaku pengurus pasukan, katanya, 'eh, ada lagi dua game ye..'... waah, kami semua sudah kehabisan tenaga...

rupanya, kekalahan kami tadi memang sudah ditakdirkan dan sudah tiada pertandingan lagi untuk kami selepas itu...(pengurus sudah mendapat salah informasi) dengan perasaan gembira, semua pemain di arahkan untuk warm down..

dan kami pulang dengan gembira walaupun kalah.. kenapa? sebab kami bermain dengan harapan, bukan untuk menang (sebab tahu keadaan pasukan kami dan tempoh belatih yang amat singgkat), tetapi dengan harapan untuk mendapatkan keseronokkan... enjoy...

sekali lagi, ku ucapkan tahniah kepada seluruh pemain yang terlibat, dan juga pengurus yang sungguh-sungguh menguruskan kami...

haaa hari ini sudah seminggu berlalu, tiada lagi latihan, dan badan pon sudah hilang sakit-sakit akibat jarang bersenam...

so, next year... kita berharap untuk menang pulak ya...!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget