Monday, January 23, 2012

Zahra' lagi

Semalam hari untuk tahun baru bagi manusia berbangsa Cina dan cuti umum, jadi kami sekeluarga berpakat untuk pergi ke Port Dickson, memandangkan perjalanan pulang ke kampung dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Sudahlah lambat bertolak, dalam pukul 11 pagi macamtu, sampai di Nilai, berita di radio mengkhabarkan bahawasanya, bermula di R&R Seremban jalan sesak hingga ke Tol Seremban.

Aduh, hampir sejam dari R&R tersebut untuk sampai ke Port Dikson, sudahlah jarang ke sana, jalannya pula tidaklah ummi dan ayah ingat, ambil laluan ke Teluk Kemang, waah, berderet-deret kereta menunggu giliran untuk masuk ke PD dan TK..

masa jemu di dalam kereta.. asik bertanya, bila nak sampai.
Akhirnya masa yang berlalu, pukul tiga kami sampai juga di Glory Beach Resort, terus ke rumah Mak Njang, pastinya mak njang sudah tunggu lama... pincess berdua tak sabar nak mandi laut, tapi sebab sudah berjanji dengan maknjang haruslah ditunaikan dahulu, lagi pun, ummi sudah hampir 3 tahun kot tak jumpa dengan maknjang..

Zahra' konfius, siapakah maknjang.. haha.. bila diterangkan maknjang tu adik maktok baru dia ooooooooooooo.. dan paham, kalo tak dia asik ta


Selesai makan tengahari, sementara menunggu perut longgar, ummi bersembang dengan maknjang, hujan pon turun selebatnya... haaa macam tak de gaya nak mandi laut... akhirnya maknjang memberi idea, pergi mandi kolam.. apalagi, Zahra' dan Izzah pon yeay..

Masa mandi, ummi dan maknjang ada di beranda, tidaklah nampak sangat apa yang berlaku.., ayah yang teman tepi kolam pun tak perasan apa yang jadi, keadaan berlaku seolahnya seperti sekelip mata.

Zahra' lemas, dia pergi lompat di kolam orang besar, dan tenggelam, untung nasibnya, kakak, Izzah nampak dan menarik Zahra..

Bila ditanya macammana Zahra pergi ke situ :

Zahra' : adik tak tahu yang kolam tu dalam.
Ummi  : ramai orang tak kat situ?
Zahra  : ramai, tapi napa orang lain tak tolong adik masa tu..
Ummi : (terpaksa cover), sebab tu adik ngan kakak kena dengar cakap ummi dan ayah.. kalau jadi apa-apa, orang lain dia tak tanggungjawab.. nasib ada kakak tolong adikkan?
Zahra' : mengangguk...
Izzah  : Izzah tarik kaki adik, Izzah selam, lepas tu tarik tangan adik naik kat tangga..,

MasyaAllah.. alhamdulillah traumanya sebentar, dan menjadi peringatan untuk kami sekeluarga...

masa nak balik.. muka trauma masih ada.


Sunday, January 22, 2012

Dialog Zahra' lagi

Situasi semasa makan malam :

hidangan disediakan oleh ayah, memandangkan ummi tak sihat, ayah masak spaghetti bologna.

Ummi lambat sampai kat meja makan, jalan pon perlahan akibat sakit perut, sampai dimeja makan, Izzah dan Zahra dah mula untuk makan :

Ummi  : Zahra dah baca doa makan?
Zahra  : Sudah, baca dalam hati.
Ummi  : Kalo baca dalam hati mesti tak baca lagikan? baca  sekarang.
Zahra  : (terus membaca doa makan sekuat hatinya.. )

setelah beberapa suap, dia pon bercakap
Zahra  : adik baca 4 doa..., satu, doa ibu-bapa, dua, doakan pah hidup,
Ummi mencelah cakap Zahra, Pah sihat..
Zahra  : a'ah, tiga, ayah, ummi, kakak, dan adik ada banyak duit, empat, adik doa esok tak hujan..

Alhamdulillah, kadang-kadang peringatan yang mudah macam ni mampu memberi kesan yang baik kepada anak-anak, doa untuk pah sihat, adalah susulan dari pulang ke kampung tempoh hari melawat opah yang tidak sihat, dan dalam perjalanan, ummi katakan pada pincess berdua, doakan semoga opah cepat sihat..

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu dengan kurniaan Mu kepada ku, aku mohon untuk Engkau lindungilah kami dengan payung rahmatMu dan peliharalah kami dengan redho Mu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget