Saturday, March 20, 2010

Sebak Zahra'

setelah hampir 5 hari masa berlalu, rupanya dia masih teringat ingat ditinggalkan kakak dan Opahnya....

>>>> kejap tadi, opahnya menelefon bertanya khabar, dan sedikit hal tentang 'Izzah untuk pulang ke rumah esok, bertanyakan cucunya yang lagi seorang... Azzahra'... baru terjaga dari tidor, bad mood, so dia tak mahu cakap..

selesai mandi refresh dirinya.. dan dia pon dah dalam mood yang baik, aku menyampaikan pesan dari opahnya...

Zahra di bawah, aku di atas, bertanyakan dia sambil menjerit perlahan...

Ummi : adik nak telepon opah?
Zahra : tak nak.
Ummi : tak nak cakap ngan opah ke, opah kata >. opah saaaayaaannnngg adik..
Zahra : ........
(sambil terdengar sedu sedu macam mahu menangis)
Ummi : (cuba ambil hati) adik, mai le telepon opah, cakap ngan opah.
Zahra : sambil menangis-nangis, dia jerit, taknak, adik tak sayang makpah...
ambooiii terasa hatinya....
makan hati betoi kena tinggal hari tu...
siaaannn dia...

pujuk ajak telefon dengan opah, dia lansung tak mahu, tapi menangis kuat kuat dengan nada yang sangat sedih...

alao lo lo lo...







Monday, March 1, 2010

Apa kata ‘Izzah

Masa dalam perjalanan nak pegi makan malam, sambil bergaduh gaduh ngan adiknya..

Tertiba 'Izzah mengeluarkan 10 statement:

Kalau 'Izzah boleh duduk rumah Opah

  1. Boleh tolong pah memasak
  2. Boleh tengok lembu
  3. Boleh makan masakan opah
  4. Boleh kena buli ngan ayah ngah
  5. Boleh main ngan mak su dijah
  6. Boleh naik basikal
  7. Boleh main masak masak ngan mak su dijah
  8. Boleh hantar makanan kat rumah pah chor
  9. Tak yah bergaduh ngan adik…
  10. Boleh tidor ngan maksu dijah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget