Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Memasak : Resepi gulai remunggai (kacang kelor)

Setiap kali berangan-angan mahu mengemas kini halaman bolg, tiap kali tiulah tiada juga tindakan. Teruk nih! 

Kali ini, ummi catatkan resepi gulai kacang remuggai! Atau kacang kelor (orang Melaka panggil) itu pun tahu selepas tanyakan kepada pakcik google.

Tak sangka pula, Zahra dan Izzah mahu makan dan suka pula. Seronoklah ummi memasak.

Antara bahan resepinya kali ini, ummi buat pedas sikit, taruk cili padi lebih sikit, gulainya, dibuat stail maktok masak, tambahkan sikit serbuk kari. Ummi campur serbuk kari daging dan sikit serbuk kari ikan. Wow...

Ini bahannya : 

Kacang remunggai
Udang

Cili padi
 Bawang merah
Halia
Setengah sudu teh serbuk kari daging
Setengah sudu teh serbuk kari ikan
Kunyit
Asam keping

Santan
Air secukupnya
Garam

Kacang remunggai dikikis buang kulit hijaunya, 
Cili padi, halia, dan bawang ditumbuk, gaul dengan sebuk kari daging dan ikan, serta kunyit, masuk air sedikit. Kemudian tumis sampai masak dan sedikit garing.

Masukkan sedikit air, didihkan dengan kacang yang telah dipotong dua inci dan asam keping. Masak sampai lembut, sudah lembut, masukkan santan. Renihkan.. Nah siap.. Untuk hidangan.. 

Sedap.. Nanti buat lagi, makan dengan nasi panas, ikan goreng,sambal belacan dan ulam-ulaman! 

          Kacang reugai yang dikikis kulitnya

         Dipotong sepancng dua inci

           Bahan yng ditumbuk, dan ditumis

          Eh, dh nak habis makan, baru teringat nak ambil gambar! Maaflah. 

Me me me, ummi! 


Monday, November 9, 2009

resepi resepi

sudah lama tak menjengok di sini dek kekangan masa yang tak boleh nak kata apa...
then, this time I am back bebeh!!

tapi entry kali ni sure ada ramai yang tunggu pasal dah janji, and sure ramai kata tak best..
kali ni
nak postkan resepi puding berkuah yang aku pelajari dari seorang sahabat di Kuala Kangsar satu ketika dulu...

Bahan bahannya:
untuk puding>

1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 tin susu cair
8 cawan air
1/2 cawan gula

secubit garam

Ini semua kasi campur, dan kacau atas api pelahan lahan, sampai tak melekat dari senduk (atau tempat pengacau).Boleh di tambah creme jagung dalam tin tu untuk dapat kan puding jagung sejati.
Pendek kata sebijik cam nak buat puding jagung le..

Kuah >>>
2/3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair

1 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Buah campuran ikut kegemaran.
Nata de coco, laici...

Campur kesemua bahan dan kacau di atas api sehingga menggelegak.

hmm.. terasa pulak kesedapannya..

eh lupa plak, taruk lam peti sejuk kasi sejuk sebelom dimakan. Cara menghidang >>> Puding jagung di potong dadu besar dan campur ngan kuah.
ini dia anak dara ku tolong mengacau puding... sib baik dah boleh harap,
inilah part paling boring sekali nak masak puding ni.. hahaha wakakaka



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget