Wednesday, May 16, 2012

Membaiki kain tanpa jahitan!

Kembali lagi!!

Salam sejahtera..

Iron-on double-sided adhesive cloth
Hujung tahun yang lepas, untuk sekolah KAFA 'Izzah, ummi menempah dua helai kain yang baru, dan dibaut labuh, khas untuk sampai tahun 2012, tapi awal tahun 2012, satu kainya telah koyak, 'Izzah terjatuh katanya,.. dan sehelai lagi huhuhu berlubang sebab cubaan menggunakan seterika baru tanpa mencuba ditempat lain dahulu..

Dan sejak diperkenalkan kedai Daiso, macam-macam ummi jumpa dan salah satunya alat ini.. menampal kain yang koyak!! wah menarik, tanpa perlu menjahit!.

Semalam cubaan telah dibuat ke atas sehelai kain yang diseterika lubang.
bahagian yang berlubang dipotong kemas (tak kemas pon, senget-senget)


potong kain yang sama besar dengan potongan untuk ditampal,
dan potongkan sekeping lagi untuk ditutup tampalan tersebut



ini dia, panjangnya hampir 10meter, ptong sebanyak yang perlu digunakan.

begini!

diletakkan kain yang dipotong di atas papan seterika,

bersedia, tutup bahagian yang dilubangkan dengan potongan kain yang sama besar, dan dilapiskan dengan  'iron-on double-sided adhesive cloth', dan lapisan yang besar di atas sekali.

sediaaaa..... iron!!!

Inilah hasilnya, tidak berapa kemas, sebab potongan lubang dan tampalan tidak sama.
Walaubagaimanapun, tampalan yang terhasil agak comot sebab kain tampalan tidak sama warna dengan kain asal.. adus...


XXXXXX__________________________________________________________________________XXXXX

Sunday, April 15, 2012

Bukan komik, bukan crochet, tetapi menjahit 'felting'

Bukan komik, bukan crochet, tetapi menjahit 'felting'  (apa dalam bahasaMelayunya ya?)


Seminggu yang lepas, ITBM menganjurkan majlis pelancaran tiga buah buku Pak Samad :


1. Biografi A. Samad Said : Memberi Hati Nurani
2. Pak Samad : Di Mata Kami
3. Rindu Ibu : 101 Puisi Kanak-kanak Menjelang Remaja

di Kedai buku yang terkenal, Kinokuniya, dan 'Izzah dan Zahra' sudah memasang angan-angan untuk membeli buku, termasuk juga umminya... :P.

Selesai majlis pelancaran, 'Izzah, turun mencari buku siri yang mahu dimiliki penuh koleksinya. Hanya dapat sebuah sahaja.

inilah buku yang dipegang Azzahra'.
Keseluruhannya adalah di dalam
Bahasa Jeun.











Tetapi, Azzahra' ada agendanya sendiri, dia mahu buku kraf!. ummi juga inginkan buku krusye, tetapi, selepas dibelek-belek buku yang berkenan, dan maklum bahawa, paten yang terdapat dalam buku tersebut hampir sama seperti yang ada di dalam internet. Jadi rasanya tidak menjadi keperluan lagi. Akhirnya terjumpa buku jahitan 'felting'. Waah, menarik juga, Zahra' terus pegang tak mahu letak-letak lagi.





Dan hari ini, yaaaa, kami Ummi, 'Izzah dan Zahra' berpeluang mempraktikkan demo di dalam buku tersebut.
Zahra' mahukan warna yang sama sepert di dalam buku.

yeay... ini hsilnya... akan kami mulakan lagi dengan banyak paten lagi.


miau.... mulut cara baru. Kali pertama cuba.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Saturday, April 7, 2012

Komik dari 'Izzah

Salam sejahtera, Sudah lama tidak memberikan sesuatu impak di dalam penulisan blog ini. Hari ini, daku cuba untuk mempamerkan kerja anakku 'Izzah Binti Azhar di dalam bentuk komik yang dilukisnya. sebenarnya agak sudah lama untuk meletakkan cerita ini, asyik bermain di minda sahaja, tidak sempat untuk mengarang sesuatu dengan lebih baik. aku juga sudah lama tidak menulis. Rakan-rakan sekalian, boleh menatap cerita, komik ringkas anakku ini.

















Oh, rupanya ada sambungan...

Selepas ini, rasanya, elok diimbas, bukunya untuk paparan yang lebih jelas.
Ok, selamat membac dan memahami jalan ceritanya!!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Friday, March 23, 2012

Cerita

Aku ingin menulis satu pengalaman, tetapi hati rasa masih mencari cara penyampaian dan ayat yang sesuai, memandangkan pengalaman ini berkaitan dengan perangai manusia!!

biasanya selalu mendengar marah orang, komplen, rungutan dan luahan hati manusia lain tentang manusia, tetapi bila terjadi kepada diri sendiri, barulah ku tahu, betapa pedihnya sesuatu perbuatan manusia itu. Fuh.

aku akan kembali menulis, bila keaadan hatiku agak terubat sedikit.

Tuesday, February 7, 2012

Rainbow coin purse

Salam,

Salam sejahtera ke atas dirimu!!
Semoga hari sentiasa dilimpahi rahmat dan barokah.

Pada malam ini, hampir 3 purnama, benang import dari Indonesia (yang dibeli dari salah seorang penggemar benang, Juliana Yap)  berada dalam simpanan, telah selamat memberi satu inspirasi kepada diriku dengan menyiapkan rainbow purse atau beg duit yang comel.


Kenapa rainbow coin purse, ianya adalah tajuk satu entry dalam satu blog yang memang seperti pelangi warnanya. Sangat menarik bukan?. Sementelah, warna benang ini adalah berperlangi, jadi, ianya amat sesuai untuk dijadikan seperti yang diberikan.

Nah tadaaaa... gambar boleh menceritakan segalanya.











Bila sudah siap, 'Izzah minta untuk adakan tali supaya senang digantung, jadi diriku terus membuatnya, dengan menambah single crochet sehingga hampir 1 meter..


Waah.. hasilnya.. cantiknyaaa.. *wink* *wink*


XX____________________________________________________________________________XX

Monday, January 23, 2012

Zahra' lagi

Semalam hari untuk tahun baru bagi manusia berbangsa Cina dan cuti umum, jadi kami sekeluarga berpakat untuk pergi ke Port Dickson, memandangkan perjalanan pulang ke kampung dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Sudahlah lambat bertolak, dalam pukul 11 pagi macamtu, sampai di Nilai, berita di radio mengkhabarkan bahawasanya, bermula di R&R Seremban jalan sesak hingga ke Tol Seremban.

Aduh, hampir sejam dari R&R tersebut untuk sampai ke Port Dikson, sudahlah jarang ke sana, jalannya pula tidaklah ummi dan ayah ingat, ambil laluan ke Teluk Kemang, waah, berderet-deret kereta menunggu giliran untuk masuk ke PD dan TK..

masa jemu di dalam kereta.. asik bertanya, bila nak sampai.
Akhirnya masa yang berlalu, pukul tiga kami sampai juga di Glory Beach Resort, terus ke rumah Mak Njang, pastinya mak njang sudah tunggu lama... pincess berdua tak sabar nak mandi laut, tapi sebab sudah berjanji dengan maknjang haruslah ditunaikan dahulu, lagi pun, ummi sudah hampir 3 tahun kot tak jumpa dengan maknjang..

Zahra' konfius, siapakah maknjang.. haha.. bila diterangkan maknjang tu adik maktok baru dia ooooooooooooo.. dan paham, kalo tak dia asik ta


Selesai makan tengahari, sementara menunggu perut longgar, ummi bersembang dengan maknjang, hujan pon turun selebatnya... haaa macam tak de gaya nak mandi laut... akhirnya maknjang memberi idea, pergi mandi kolam.. apalagi, Zahra' dan Izzah pon yeay..

Masa mandi, ummi dan maknjang ada di beranda, tidaklah nampak sangat apa yang berlaku.., ayah yang teman tepi kolam pun tak perasan apa yang jadi, keadaan berlaku seolahnya seperti sekelip mata.

Zahra' lemas, dia pergi lompat di kolam orang besar, dan tenggelam, untung nasibnya, kakak, Izzah nampak dan menarik Zahra..

Bila ditanya macammana Zahra pergi ke situ :

Zahra' : adik tak tahu yang kolam tu dalam.
Ummi  : ramai orang tak kat situ?
Zahra  : ramai, tapi napa orang lain tak tolong adik masa tu..
Ummi : (terpaksa cover), sebab tu adik ngan kakak kena dengar cakap ummi dan ayah.. kalau jadi apa-apa, orang lain dia tak tanggungjawab.. nasib ada kakak tolong adikkan?
Zahra' : mengangguk...
Izzah  : Izzah tarik kaki adik, Izzah selam, lepas tu tarik tangan adik naik kat tangga..,

MasyaAllah.. alhamdulillah traumanya sebentar, dan menjadi peringatan untuk kami sekeluarga...

masa nak balik.. muka trauma masih ada.


Sunday, January 22, 2012

Dialog Zahra' lagi

Situasi semasa makan malam :

hidangan disediakan oleh ayah, memandangkan ummi tak sihat, ayah masak spaghetti bologna.

Ummi lambat sampai kat meja makan, jalan pon perlahan akibat sakit perut, sampai dimeja makan, Izzah dan Zahra dah mula untuk makan :

Ummi  : Zahra dah baca doa makan?
Zahra  : Sudah, baca dalam hati.
Ummi  : Kalo baca dalam hati mesti tak baca lagikan? baca  sekarang.
Zahra  : (terus membaca doa makan sekuat hatinya.. )

setelah beberapa suap, dia pon bercakap
Zahra  : adik baca 4 doa..., satu, doa ibu-bapa, dua, doakan pah hidup,
Ummi mencelah cakap Zahra, Pah sihat..
Zahra  : a'ah, tiga, ayah, ummi, kakak, dan adik ada banyak duit, empat, adik doa esok tak hujan..

Alhamdulillah, kadang-kadang peringatan yang mudah macam ni mampu memberi kesan yang baik kepada anak-anak, doa untuk pah sihat, adalah susulan dari pulang ke kampung tempoh hari melawat opah yang tidak sihat, dan dalam perjalanan, ummi katakan pada pincess berdua, doakan semoga opah cepat sihat..

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu dengan kurniaan Mu kepada ku, aku mohon untuk Engkau lindungilah kami dengan payung rahmatMu dan peliharalah kami dengan redho Mu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget