Sunday, January 22, 2012

Dialog Zahra' lagi

Situasi semasa makan malam :

hidangan disediakan oleh ayah, memandangkan ummi tak sihat, ayah masak spaghetti bologna.

Ummi lambat sampai kat meja makan, jalan pon perlahan akibat sakit perut, sampai dimeja makan, Izzah dan Zahra dah mula untuk makan :

Ummi  : Zahra dah baca doa makan?
Zahra  : Sudah, baca dalam hati.
Ummi  : Kalo baca dalam hati mesti tak baca lagikan? baca  sekarang.
Zahra  : (terus membaca doa makan sekuat hatinya.. )

setelah beberapa suap, dia pon bercakap
Zahra  : adik baca 4 doa..., satu, doa ibu-bapa, dua, doakan pah hidup,
Ummi mencelah cakap Zahra, Pah sihat..
Zahra  : a'ah, tiga, ayah, ummi, kakak, dan adik ada banyak duit, empat, adik doa esok tak hujan..

Alhamdulillah, kadang-kadang peringatan yang mudah macam ni mampu memberi kesan yang baik kepada anak-anak, doa untuk pah sihat, adalah susulan dari pulang ke kampung tempoh hari melawat opah yang tidak sihat, dan dalam perjalanan, ummi katakan pada pincess berdua, doakan semoga opah cepat sihat..

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu dengan kurniaan Mu kepada ku, aku mohon untuk Engkau lindungilah kami dengan payung rahmatMu dan peliharalah kami dengan redho Mu.



Saturday, December 31, 2011

2011 yang memberi erti dan selamat tahun baru 2012



Selamat tahun baru 2012!!!


Jika tidak sempat menempatkan resolusi bagi diri sendiri setiap tahun, Allah sampaikan kita pada tahun baru ini, untuk kita perbaharui atau melaksanakan dan mencapai azam tersebut!!


Mengenangkan pada tahun 2011 sudah berlalu, tidak salah untuk diri sendiri mengimbas kembali kenangan yang ada dan terpahat dihati, mungkin untuk selamanya atau pun sebagai singgahan sebentar sementara memori yang ada dipenuhi dengan kenangan yang mungkin lagi manis dan hebat!


Permulaan tahun 2011, seperti biasa, tiada yang tersangat indah berlaku selepas menghabiskan kemanisan hujung tahun 2010, konvo untuk pengajian di UiTM, dengan harapan, gulungan (sekarang tidak lagi digulung) ijazah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, seperti terbengkalai, memandangkan keadaan diri sendiri yang macam sibuk melayan bos-bos (pelanggan) semasa ditempat kerja. Pemikiran juga rasa ingin berehat, tetapi takut kehilangan segala memori yang dilayangkan di neuron-neuron sistem saraf pusat. Perjalanan job seekers amat pelahan, dan hampir tidak membantu lansung.


Namun pada bulan Mac 2011, aku diketemukan kembali dengan hobi yang pernah menjengah dalam hidupku suatu ketika dahulu (macam sudah hidup lama menor). Crochet!!! atau mengait!. Dengan access kepada internet membuatkan aku mengalami sindrom keterujaan yang amat melampau hingga aku kembali obses dengan crochet dan benang.. yaaa dulu aku menyimpan dan membeli benang yang aku suka.. tapi pada masa itu tidak banyak jenis benang yang ada.. untuk brand yang klasik dan nostalgia di Malaysia kebanyakannya adalah jenama Minlon, kemudian Nona, Wina, dan macam-macam lagi yang aku sendiri tidak sangat tertarik untuk mendapatkannya.

Ini adalah amigurumi saya yang pertama!!
Lorve pertama yang dibuat! happy


Barulah sedar betapa selama ini aku hanya bergantung dikedai yang
menjual hook kecil-kecil.
Rupanya diluar sana, hook yang 
begitu besar pon ada di 
Malaysia ini. Terima Kash Cotton House Store
keseronokan ber'crochet' dihadiri juga kain felt sebagai
penyeri.. kesemua di atas adalah hasil tangan dari 'Izzah Bt Azhar.


Rasanya, ini adalah hobi yang paling manis dalam hidupku... terima kasih ku kepada Kak Anis yang memberi inspirasi untuk aku memegang hook dan benang ini.. dan tentunya emak aku.. lebihan benang, hook dan alat-alat mengait yang ditinggalkannya (mata tak nampak, terus tak pegang jarum dan benang seingat memori aku) menambahkan lagi inspirasi dan kehangatan untuk aku meneruskan hobi ini. 
































Semasa mencari bahan, alatan, benang dan sebagainya untuk 'crochet' terjumpa pula kain felt yang agak famous untuk dikreatifkan.. Aku juga mencuba untuk felting, tapi kejayaan lebih kepada anakku Pincess Izzah. 







Toto juga telah kembali ke pangkuan keluarga.. hampir 6 bulan
tinggal bersama keluarga angkat.

Dalam asyik dengan hobi crochet, Toto juga dipulangkan kepada kami kembali.. sukaaa.. tapi selepas pulangnya Toto, Orenji pula menghilangkan diri, masa pulang ke kampung, keadaan tidak biasa padanya, menyebabkan dia mungkin sesat.. alooor mana leee dia pegi.. the coolest cat in the world..
tahun 2011 juga kami sekeluarga kehilangan Orenjii.. amat sedih..
seekor kucing yang sangat cool!

kini sudah pon melahirkan 3 ekor baby
yang sangat comel dan montel




















Dan sekarang, Toto telah menjadi ibu kepada 3 cutest kitten!


Tapi hari ini :


lampu 'study' aku sudah ada mentol setelah hampir setahun bergelap! tapi kali ini, lampu ini digunakan untuk baca pattern dan mengira jumlah jahitan dan kaitan, yang dahulunya menjadi peneman semasa belajar.. haaa... tapi kadang lebih kepada peneman semasa tidor.. maklumlah study lepas balik keja amat letih.. lalu terus tertidur di bawah sinaran lampu meja.
yeay!
Persembahkan, hasil tanganku sepanjang tahun 2011 bermula dari bulan March 2011.. bagi aku, ini sudah cukup memberi kebanggaan dan lebih inspirasi untuk menghasilkan lagi sesuatu (kraf dari crochet) yang sangat osem!!
Amigurumi


Ripple blanket, yang sampai sekarang belum siap. blanket granny square yang wow.. sangat selesa nak golek-golek..


antara amigurumi yang telah berjaya dilaksanakan. 


Slipper, antara order paling banyak dibuat, selain dari handphone stocking, sarung bantal untuk kegunaan sendiri


antara benang yang terkumpul.. sudah gila benang, button juga...


Totoro, our family favorite anime character!!
Ruang menjahit (felting untuk anak-anak), crochet dan knitting bakal menyusul sedang dinaiktarafkan. Saya dalam proses mengadakan studio dirumah. Beberapa 'wishlist' telah berada di minda dan sentiasa dikenang untuk diadakan perlahan-lahan.


Kadang-kadang rasanya tidak sabar, tapi harus bersabar, seperti membuat amigurumi yang besar... lama-lama hasilnya amat memuaskan!!




XX_______________________________________________________________________XX

Sunday, December 18, 2011

Beanie crochet!

Salam sejahtera,

Thank you for all viewvers!! I am appreciated it.

My entry this time is about beanie.
Pertama kali membuat beanie berpandukan bacaan pattern yang diambil dari internet, sangat mengujakan.
Pattern yang didapati amat mudah untuk dipelajari. Bermula dengan ketabahan (ciewah), ready minda dan smangat, telah siap satu beanie yang comel.. eheee sangat suka, hitam dan putih yang akan diberikan kepada  anak Madam Siti Sabarina, kerana setakat kelahiran dia di dunia ni, belum pernah dihadiakan apa-apa.. Harap anakku Raikarl suka pada topi beanie tu yee.... 

cubaan pertama, bewarna hitam dan putih, dan yang hijau tu  kedua kalinya!!
selepas cubaan pertama, terhasil juga cubaan kedua (asalnya ada permintaan offline juga), menuruti betul-betul pattern yang diberikan, untuk dewasa, cubaan kedua ini gagal untuk dipakaikan kepada lelaki dewasa.
Tapi untuk saiz kepala perempuan, amat sesuai.. tak mengapa, boleh cuba lagi.. cumanya, agak curiuos juga dengan jenis benang yang digunakan oleh mat saleh kat luar sana, saiz benangnya tak sama macam kat Malaysia ni... nasih ada group Yarn Lovers Malaysia, yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bantuan jika diperklukan. Sangat berguna, dan juga diperkenalkan info-info yang menarik tentang benang, saiz hook yang patut digunakan untuk menghasilkan saiz pakaian, slipper, topi atau apa-apa sahaja yang memerlukan saiz.

Terima kasih kepada ahli YLM!!


gabungan warna juga adalah cubaan, memandangkan warna
yang ada adalah  baki  benang  hasil dari projek yang lain.
Bagaimanapun, saya masih lagi meneruskan projek beanie ini, untuk menajamkan lagi kemahiran saya!!

I lorvve crochet!!!

Thursday, December 8, 2011

My QR code



My QR code :



Selama hari ini, asik mendengar En. Azli Paat memberi tip-tip dalam dunia IT, juga memberi inspirasi kepada ku untuk mendapatkan sendiri QR code nih.!! Tarrraaaa...



Cumanya, untuk sementara memahami kegunaan QR code ini dengan lebih terperinci, I am first generate this label, then I will study again what is the circumstances or chances while having this code!!

I am realize that, this QR code can be change, if I need a certain info contain at that code.. so stay tune, to my self go and study again the uses of this code!

XX___________________________________________________________________________XX

Sunday, October 30, 2011

himpunan dialog ummi dan pincess berdua, yang dapat ditulis dan diingati. Part 1

situasi :
sedang menonton muvie.., lompat OwengGo menyelit minta dibelai..
'Izzah Azhar : Pagi tadi dada Izzah rasa berat, tengok Wenggo atas dada izzah, minta manja
Zahra : kaki adik.... 
(zahra mencelah dengan laju..)
Ummi : Kucing dan kaki adik atas dada kakak sekali... hahaha
 ·  · September 18 at 9:48am near Kuala Lumpur

situasi : selesai sembahyang Mahgrib
Zahra' datang meniarap atas katil sambil menunggu umminya selesai berdoa, sudah selesai berdoa, ummi menggosok badan Zahra' sambil berkata :

Ummi : Adik ni, kurus kering
Zahra' : napa?
Ummi : ya la makan memilih, tu yang tak besor-besor tu...
Zahra' : ya la, kan panas sekarang
Ummi : panas, kenapa.. pegi le mandi
Zahra : panas sebab tu le kering...
Ummi : ......
 ·  · September 23 at 10:57am near Kuala Lumpur

Situasi : makan malam, ummi dan pincess berdua sahaja;
Ummi : Adik, ayah tak marah adik ke, buang rokok ayah?
Zahra' : marah...
Ummi : dah tu, adik dah tak buang le rokok ayah?
Zahra : haah, ayah kata jangan buang, nanti ayah tak belikan keropok dah...
>> memang sebelum ini, dia rajin ke meja ayahnya, dan akan mengambil apa-apa sahaja berkenaan rokok dan masuk dalam plastik sampah.. bila ditanya:

Ummi : Zahra' buat apa tu?
Zahra' : ni ha, kawan ayah kata, kalo nampak rokok ayah, buangkan dalam tong sampah!!...

hmmm sekejap ajelah, lepas disogok dengan keropok..
N
 ·  · September 26 at 11:19pm near Kuala Lumpur

Situasi : Makan malam

'Izzah : semalam teacher ada tanya, who at home has a TV?, semua orang angkat tangan kecuali 'Izzah. lepas tu, teacher tanya lagi, whos at home do not has a TV? 'Izzah sorang je angkat tanga, terus teacher tanya, 'Izzah betul ke rumah 'Izzah tak de TV? "izzah angguk je..
tapi kawan 'Izzah kata, eleh TV pon tak leh beli, malu 'Izzah.

Ummi : Kalo orang tanya, kenapa rumah 'Izzah tak de TV, kata, children no needs TV, tak perlu malu, TV bukan segala-galanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TVtaksesuaiuntukbudak/Article
 ·  ·  · October 19 at 8:51am

‎'Izzah : 'The grass is green...
Zahra' : takpe adik tak reti bahasa inggeris, adik baca bahasa melayu : this is flower...
'Izzah : Itu bahasa Inggeris la...
 ·  · October 19 at 11:03pm

Friday, August 26, 2011

Diucapkan 'Selamat Hari Raya'

Sempena kehadiran Syawal yang dirahmati, dan kita bakal kehilangan Ramadhan yang sentiasa akan dirindui...

Ummi 'izzahra' Mengucapkan


 'SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL, 

tanpa meninggalkan yang dirindui'



Bertema kelabu pada 2009

Thursday, August 25, 2011

Azzahra'


Cerita tentang Azzahra' mengejutkan dan mendebarkan!! 




Alhamdullillah tiada apa-apa, dan kali ini sudah tiga kali berpesan kepada dia, bersunggoh-sunggoh jangan buat lagi seperti ini....
Zahra.. Zahra.. semoga membesar dalam keredhaanNya dan menyelesakan kehidupan keluarga kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget