Saturday, August 13, 2011

antara Perak dan Kedah, sempena nak raya : Oleh Azzahra'


Di suatu petang :


Zahra' : Ummi, ummi Perakkan?

Ummi : Taklah, Ummi Kedah lah..

Zahra : Abis, napa maktok Perak?

Ummi : Bukan, maktok Kedah.

Zahra : Ooo.. Adik Perak ke Kedah?

Ummi : Adik Perak, Kuala Kangsar lagi...

Zahra : Alaaa adik taknak Perak, adik nak Kedah..

Ummi : Napa lak taknak Perak?

Zahra : Sebab Kedah orang Melayu.

Ummi : hehehe... Habis Perak orang apa?

Zahra : Perak orang Perak le...

Ummi : ehehehehe (Perak Man kot)


Pinjam Pink Totoro Tok Teh jap, kasi posing ramei-ramei...

Friday, August 5, 2011

Tiga hari perjalanan


Bermula dengan tekanan hidup (mak hari-hari sms dan tanya bila mau balik), pokok buah dah masak, durian dah luruh, rambutan dah ranum... + masalah itu ini, aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung naik bas aje lah..


keputusan naik bas, antaranya, boleh jimat sikit kewangan (tak jimat jugak sebenarnya).., balik anak-beranak aje (En. Azhar tak ikut, jaga kucing di rumah + sedang berada dalam keadaan pendiam yang amat sangat sampai susah untuk berkomunikasi)....


dari hari isnin, aku survey internet nak beli tiket balik kampung aiceh, lama sangat tak balik naik bas dari Duta ke Kulim.. survey punya survey, tak jumpa destinasi.. cuba call, juga tinggal deringan sahaja, tanpa sambutan perkataan hello...


masuk rabu, khamis, terus terlupa... hari jumaat nak balik nih...

ok, tiba hari jumaat, selepas menunggu En. Azhar menghabiskan programnya, pukul 2.30 petang minta dia hantar kami di Stesen Pehentian bas di Jalan Duta..


Oh, disitu, aku membaca segala papan tanda, bas-bas yang terpampang, mencari destinasi ke Kulim, al maklumlah rasanya naik bas dari Kuala Lumpur ke Kulim adalah sebelas ke duabelas tahun yang lepas... ok, ada dua bas perkhidmatan, satu Mara Liner, satu lagi errr sudah lupa, tapi nama seorang perempuanlah syarikatnya... aku pilih Mara Liner, memandangkan, destinasinya ke Kulim, dan singgah di Parit Buntar dan Serdang sahaja...



dan... bermulalah perjalanan kami...


teket bas pada pukul 5.30 petang, kami di Duta pukul 3.30petang aduhai lama lagi ni, aku berkira-kira pukul berapa nak sampai ke Kulim, dalam pukul 10 malam agaknya.. ok la...


Zahra'dah bosan menunggu dah..



Memang sampai di Kulim dalam pukul 11malam, phew, sangat lama tak duduk di dalam bas, Zahra dan Izzah sepanjang jalan main aje kerjanya, tak tahulah penumpang bas lain tak selesa dengan suara pincess berdua, mungkin terlampau excited, sampai tak tidur lansung... umminya yang kejap kejap terlena, dan terjaga sebab suara pincess berdua berlebihan bunyinya...


Yang menariknya, bas Mara Liner, melalui jalan kampung untuk ke Kulim, jadi sah-sah ia akan melalui depan rumah aku!! yeay, boleh turun aje dekat rumah... tak perlu turun di stesen bas Kulim...


Buah manggis dan rambutan.. sebahagian aje nih,
sangat lama tak makan

'Ummi, seronok la balik rumah Maktok'

- Zahra dan Izzah, dalam hati ummi, ya la seronok, dah ponteng sekolah...


dua hari di Kulim, kerjanya main-makan-main-makan.... sampai mandi pon malas... kalo makan, Zahra' kuah kari pon dihirupnya, sempat pulak pincess berdua compare masakan maktok dengan umminya..


"maktok masak sedap pada ummi"... kena gelak seliang dengan mak.. aishh...

agak tak penah tengok durian belanda, itu bukan dari
kebun, itu beli di R&R.


dua hari di Kulim, sempat menyiapakan handphone pouch
untuk mak, Ina, dan Makteh...

budak boteq nih, baru jumpa, yeay, boleh geng ngan anyah
la, kulit sama...

sama jugaklah, sejak bersalin tak penah tengok, Siti Ainur Damia
dan Mamanya...


dua hari di rumah mak, aku mengatur langkah untuk ke Padang Rengas pula, hari sabtu, aku mencari tiket bas ke Kuala Kangsar, pergi ke Stesen Bas Kulim, ke kaunter Bas Transnasional dan order 2 tiket untuk 1 dewasa dan 1 kanak-kanak, sekali orang kaunter tu jawab :

"Eh ini kaunter bas ...... (tak ingat), kaunter Transnasional dah tutup"

Aiseh, padan le bas dari Jalan Duta ke Kulim tak ada, rupanya kaunter basnya pon dah tutup di sini, apakah teruk sangat pembangunan di Kulim? sedih......

Zahra' pun sempat komen,
"Ummi bas di sini, buroklah"

Terpaksalah ke Butterworth (Bagan) nak dapatkan teket bas, kalo tak habis nanti naya pulak... nasib baik ada bakal adik ipar boleh tolong bawakkan.. Terima kasih yee.... eh nooo...

sebab perjalanan sekejap je, aku pun mengambil dua sahaja tempat duduk.. tapi kena komplen ngan pincess berdua... aiiii..

Ahad malam kami sampai di Kuala Kangsar, hmm tak banyak berubah sangat... ok la, adik iparku datang ambil, maklumlah dah pukul 10.30 malam, bas dah takde, kalo tak boleh panjat bas merah kuning... ngeee...

aktiviti di Padang Rengas pon tak la banyak sangat, tapi Zahra' menggunakan peluang yang ada, bangun pagi, main komputer, pegi Pekan Isnin (pasar tani), makan durian - di rumah Mak Chor, ajak tengok lembu, kambing, ayam, kuda, itik eh angsa, dan rusa... ada lagi, arnab... kucing.. masuk gak la sebab banyak jugak..., lepas pusing keliling singgah bawah pokok manggis, kait pulak manggis, makan lagi bawah pokok kami dua beranak, 'Izzah menten dalam rumah baca buku... hmmmm...

petang siap-siap nak balik, Ibu mertuaku tolong hantarkan di stesen bas, kali ni teket bas aku beli dua jugak, sebab konfiden orang tak ramai, dan sudah bertanya kepada penjual teket di kaunter... yaaaa... betul, kami pulang ke Kuala Lumpur bas pukul 6 petang... memang orang tak ramai, sukanya... aku amik satu seat, Zahra' dan 'Izzah sorang satu seat jugak.. tapi akhirnya terpaksa pisahkan sebab sudah mula bermain dan buat bising... akhirnya pincess berdua tidor sehingga sampai kedestinasi...



sangat suka bila dapat kerusi sendiri... Izzah menten lagi
buku aje.. Zahra makan gula-gula bentuk lapan

antara dialog dalam bas semasa mahu pulang ke Kuala Lumpur yang buat aku senyum-senyum bila teringat....


Zahra : Ummi, ummi, adik ingat yang kaler hijau ni, perisa rumput, rupanya perisa epel....

Ummi : ...... hnngeeee

Sunday, April 3, 2011

23 jam

Semalam, selepas solat maghrib, aku memulakan projek yang ke empat (over excited) sampai projek yang ke tiga tak mention lansung.. next entry yeh...

Ok, projeknya adalah menyiapkan seekor karekter, Kerochan... yang sangat comel secara animenyalah... Kareter Kero adalah dari anime Jepun Card Captor Sakura yang penah glamer pada satu ketika dahulu, disebabkan sponsor dari adik iparku kepada anak-anakku, berulangkalilah ulangan tayang anime tersebut sehingga mereka menghafal segala lagu tema dan ucapan dalam anime tersebut,.. mujur tak ada kelakuan yang tak baik untuk diikut.

Alhamdulillah selepas 23 jam siap jugak karektor comel ni untuk aku berbangga (walaupun yang dicipta olehku taklah comel sangat.. ;P )








adios....


Saturday, April 2, 2011

Toto in the house





Awal minggu ini, dikhabarkan berita bahawa Toto tidak dapat dijaga oleh tuannya (Madame Sabarina) disebabkan anaknya mengalami masalah asma yang agak kuat.

Dengan tabah hati, Sabarina menyatakan untuk mengembalikan Toto kepada kami sekeluarga... memang pincess berdua, Zahra' dan 'Izzah melompatlah untuk menjaga Toto kembali..

Semalam, jumaat 1 April 2011, genaplah umur Toto 8 bulan dan telah kembali ke pangkuan familinya...


Ummi'IzZahra': Tentang Ummi 'Izzah dan Zahra'

Ummi'IzZahra': Tentang Ummi 'Izzah dan Zahra': "I am ummi of my princess 'Izzah and 'Azzahra, most of this blog will content my activities and conversation with both of them.. it was lovel..."

Wednesday, March 30, 2011

Crochet Hook


"Eheee.. selama ini tidaklah aku tahu bahawasanya, terdapat hook yang lebih besar dari satu mm... Fuh, setelah melayari internet dengan pelbagai cara mengait (crochet), aku berjumpa dengan hook yang seperti mana ditunjukkan dalam video youtube... sangat menarik.












Mohon Allah memberikan keseimbangan kepadaku dalam menjalankan hobi ini...

____________________________________________________________________

Tuesday, March 29, 2011

Crafty crafty

Facebook..

Setelah melihat beberapa post yang telah ditampal di laman social facebook oleh kawan-kawan, ada satu post yang menarik minat aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Post dari Along Arey, meletakkan wishlist nya untuk mendapatkan baby cocoon… apakah itu baby cocoon? Terpanggil untuk mengetahuinya, aku pun meng’hilite’kan dan ctrl+c dan gamkan di carian goggle.. nah beberapa hasilan yang diterima, memilih salah satu dan wow, ini rupanya baby cocoon…. Rupanya seperti sehelai stoking yang besar dan digunakan untuk memasukkan bayi yang baru lahir ke dalamnya bagi membedung bayi tersebut, yaaa memang ianya digunakan untuk membedung bayi, cuma bezanya ianya diperbuat dari benang yang dikait (crochet) atau knitting ..errr apa dalam Bahasa Melayunya ya…

Dalam pencarian yang keterujaan yang menghimpit pemikiran aku pada ketika itu, teng tetengggg…. Aku telah menjumpai satu benda yang tak sangka pula boleh ada dalam bentuk crochet, sedangkan selama ini errr teringin juga untuk memilikinya… haa white Totoro amigurumi… apa pula itu Totoro, seekor haiwan fantasi yang telah dicipta oleh Hayao Miyazaki di dalam cerita My neighbor Totoro.. hehehehe.. sangat suka, dan telah juga menjumpai cara-cara membuatnya… apa pula amigurumi.. amigurumi adalah sesuatu bentuk patung (doll) yang dicipta atau dibina menggunakan crochet atau knitting.

Sangat sesuai, dan inilah hasilnya :

White Totoro... really small..
Mula di bahagian teling, sangat susah memandangkan sudah lama tak pegang hook, dan ianya sangat kecil.



Sudah bercantum...

Cantuman yang hampir berjaya...

Yeay.. tahniah.. walaupun sangat kecil, tapi agak berjaya..

Sangat gembira dapat menghasilkan white totoro ini..

Anak-anak juga sungguh tidak sabar untuk bermain dengan haiwan comel ini… bolehlah ummi mengasah lagi bakat terpendam yang jarang-jarang keluar dan menghasilkan sesuatu.. makin terpikat pulak dengan hasil kraf ini… ajaja hoiti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget