Sunday, August 2, 2015

Kucing dan saya::

Hari ini, facebook memberitahu yang saya telah memiliki 4 ekor anak kucing.
Gembiraaa...

Bermakna, hari ini adalah birthday Toto..
Happy birthday Toto for five years...







Tuesday, July 28, 2015

ambil mood untuk rajin menaip kembali..

Okeee, testing sebentar..
ambil mood untuk rajin menaip kembali..
rajin ke??

Tuesday, June 3, 2014

Flashback or throwback

Assalamualaikum....

Hampir setahun lebih tiada posting terbaru dalam blog. Tapi kononnya mahu kekal aktif. 

Rasanya, cuba bersemangat kembali untuk berblogging, cubaan demi cubaan, masih tidak berjaya.. 
Kali ini posting flashback atau pun throwback kata ramai orang di FB le ni...

Sepanjang peninggalan tidak mengemaskini blog, banyak perkara besar yang berlaku, yang mana seronok untuk dikongsi, nak di ceritakan.. 

Hampir cuti sekolah tahun lepas, kami sekeluarga pergi bercuti di Sabah, percutian sempena menyambut hari konvokesyen adik iparku.. Percutian singkat, tapi tinggalkan memori... 


Bulan 11 dan 12, kami sekeluarga berusaha mengisi borang dan ulang alik ke sekolah 'Izzah Azhar, kerana ingin bertukar sekolah ke kampung. Pelajaran makin merosot, ummi tak mampu nak tenung Izzah setiap jam, dan pantau kerja sekolah dia setiap masa untuk memastikan tahap pelajarannya memuaskan.. Haaa memuaskan? Jadi laaa fikiran ummi masa tu... Tapi sekarang tahap pelajaran 'Izzah, prestasinya naik 500%! Sangat hebat! 

Berkat sokongan, yang terutama, dari opah, cikgu-cikgu sekolah baru Izzah (sekolah Kebangsaan Paya Salak) dan kawan-kawan baharu.. Izzah makin tekun belajar.
Bila ditanya mata pelajaran paling dia gemari, jawapannya : b. Inggeris, Matematik, b. Melayu dan sains. Ummi bersyukur kepadaMu ya Allah.

Apa sebabnya Izzah perlu bersekolah di sekolah lain? Yaaa... Ramai orang bertanya ini... Memang ummi sendiri tak mampu nak tunggu dan melayan setiap kerja sekolah yang diberikan, tambahan lagi, tumpuan belajar Izzah banyak terpesong, walaupun tak ada TV di rumah, tapi masih sibuk dengan komputer. Tambahan juga lagi, sekolah Izzah di sini, kelas darjah lima sahaja 16 kelas. Boleh bayangkan macamman guru guru mahu memberi tumpuan kepada beratus anak murid yang pelbagai ragam tu haaa... Jadi bertukar sekolah di kampung, dengan hanya 2 kelas sahaja, dan dedikasi guru guru, memberikan semangat baru kepada Izzah, walaupun ummi jauh dari Izzah... Tapi rasanya, bila lagi jauh, lagi rasa rapat. insyaAllah. Aarggghh ummi mesti akan terasa ketidakcukupan masa hidup dengan anak-anak suatu hari nanti.

Selesai urusan pertukaran sekolah, masuk tahun baru, Izzah terus masuk ke sekolah baru, hahaha teruja, sebab sekolah di kampung hanya satu tingkat, tak perlu naik tangga dan sekolahnya kecil sahaja... Jadi ummi pesan pada Izzah,, "tolong jangan gemok ye anak..." 

Azzahra terus bersekolah di sini.. 

Masuk tahun baru 2014! 

Selamat tahun baru... Untuk tahun 2014, ummi tak sempat nak ada sedikit pun resolusi, melainkan membayangkan ada anak kecik mahu dijaga dan mengasuh... 

Hujung bulan Januari, maknjang bernikah dan berkenduri di kampung Kulim. 


Lepas sahaja seminggu kenduri, sampai masa ummi bersalin. Waah.. Kelahiran baby boy dalam keluarga Azhar. Hahaha sangat teruja.. Sebab sudah lama tidak pegang baby.. 8 tahun bezanya dari kakak Azzahra. 

10 Februari 2014.  (Tahun world cup... Tetibaaa)
Kelahiran Izzah 2002 (world cup)
Azzahra 2006 pun tahun world cup juga.. Selang empat tahun dan miss out tahun 2010...
Baby ketiga diberi nama Ahmad Dzarr Azhar.

Sangat terasa kelahiran kali ini... (Memang mahu tulis pengalaman kelahiran AD) 
Hehehe mungkin lahirkan baby boy kot...
Tahniah untuk diri sendiri..
Sekarang #AD sudah 4 bulan.

 Yeaaahhh....



Saturday, September 14, 2013

Memasak : Resepi gulai remunggai (kacang kelor)

Setiap kali berangan-angan mahu mengemas kini halaman bolg, tiap kali tiulah tiada juga tindakan. Teruk nih! 

Kali ini, ummi catatkan resepi gulai kacang remuggai! Atau kacang kelor (orang Melaka panggil) itu pun tahu selepas tanyakan kepada pakcik google.

Tak sangka pula, Zahra dan Izzah mahu makan dan suka pula. Seronoklah ummi memasak.

Antara bahan resepinya kali ini, ummi buat pedas sikit, taruk cili padi lebih sikit, gulainya, dibuat stail maktok masak, tambahkan sikit serbuk kari. Ummi campur serbuk kari daging dan sikit serbuk kari ikan. Wow...

Ini bahannya : 

Kacang remunggai
Udang

Cili padi
 Bawang merah
Halia
Setengah sudu teh serbuk kari daging
Setengah sudu teh serbuk kari ikan
Kunyit
Asam keping

Santan
Air secukupnya
Garam

Kacang remunggai dikikis buang kulit hijaunya, 
Cili padi, halia, dan bawang ditumbuk, gaul dengan sebuk kari daging dan ikan, serta kunyit, masuk air sedikit. Kemudian tumis sampai masak dan sedikit garing.

Masukkan sedikit air, didihkan dengan kacang yang telah dipotong dua inci dan asam keping. Masak sampai lembut, sudah lembut, masukkan santan. Renihkan.. Nah siap.. Untuk hidangan.. 

Sedap.. Nanti buat lagi, makan dengan nasi panas, ikan goreng,sambal belacan dan ulam-ulaman! 

          Kacang reugai yang dikikis kulitnya

         Dipotong sepancng dua inci

           Bahan yng ditumbuk, dan ditumis

          Eh, dh nak habis makan, baru teringat nak ambil gambar! Maaflah. 

Me me me, ummi! 


Friday, July 19, 2013

Kain Pasang

Tiga hari dan dua malam, aku menginap di Hotel (dalam Kuala Lumpur) atas sebab kerja yang tidak dapat dielakkan. Dan tiga hari dua malam juga barulah dapat berjumpa dengan pincess berdua...

Pagi tadi, Zahra datang membawa satu bungkusan,

Zahra : ummi, ni makteh beri kain.
Ummi : untuk ummi ke?
'Izzah : tak ummi, Zahra mintak dari makteh!
Ummi : eh, kenapa minta? Adik nak buat apa ni?
Zahra. : nak buat baju kurung le?
Izzah. : Pah suruh buat gaun
Ummi. : adik ni macam orang tua le, sibuk cari kain pasang nak buat baju kurung pulak tu....

Zahra' Zahra..... Macam macam ragamnya...
Mungkin dia tak banyak baju kurung kot, sebab itu dalam kepala dia nak buat baju kurung untuk dia..

Salam sejahtera kembali! sudah lama tidak memasukkan apa-apa tulisan di dalam blog ini.

Salam sejahtera! 

Semoga semua sihat-sihat hendaknya, kepada yang menjalani ibadah puasa, selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa denggan kesederhanaan! 

Lama tidak menulis di sini, bukan tiada tulisan, tetapi lebih banyak kepada gambar yang menceritakan pelbagai ribu erti dan memori. Jadi, mudah di kemas kini di dalam facebook atau instagram.

Aah, sangat banyak media sosial yang menghubungkan kita semua di alam maya. Cuma kena bijak menggunakannya.


Di kesempatan ini juga, ummi, berikan pautan page facebook untuk himpunan komik dan hasil kerja   'Izzah dan Azzahra' https://www.facebook.com/pages/Komik-Izzah-Azzahra/220359208109416?ref=hl
marilah sama-sama memeriahkan page ini.. 

Dan terima kasih kepada semua yang menekan 'like' seolah-olah memberi semangat kepada anak-annakku untuk terus berjaya. 

TERIMA KASIH SEMUA. 

JUMPA LAGI. 


Tuesday, February 12, 2013

Selamat tahun baru. 2013. Lama diriku berdiam sunyi di blog ini.

Untuk permulaan menulis kembali dalam blog yang agak lama ditinggalkan.... Dimulakan dengan perbualan yang jarang-jarang diterima oleh telinga untuk terus dijamah oleh otak untuk menganalisanya...

Lama tidak mendengar perbualan pincess berduakan? Hari ini, situasi :
Di meja makan, sarapan lewat, kakak, adik kali ke dua.

Sambil menjamah, adik membaca label susu tin:
Zahra' : f. &. N.
'Izzah. : F&N
Zahra' : oooo F&N..
'Izzah : krimer pekat manis
Zahra' : krimer pekat manis...
'Izzah : kalsium penuh
Zahra' : kostium penuh
'Izzah : bukan kostium la, kalsium... Kostium tu baju...
Zahra' : oooo kalsiummm....


Di keramaian kenduri kahwin, Azzahra' bertanyakan beberapa soalan :

:::: "Ummi, macammana pengantin lelaki tahu pengantin perempuan pakai baju warna apa? ::::
:::: ketika paluan kompang bergema-gema, diiringi nyanyian jong-jomg inai ;;:;: "Sampai hati adik pun dengar!" :::::


Jujurnya kanak-kanak... Semoga hasrat ummi direalisasikan ummi... Ya Allah berikan kekuatan untuk ummi melaksanakan azam dan sentiasa bersemangat dalam membesarkan kalian! Amin.

Sunday, September 16, 2012

Sempena Ulang Tahun yang ke- sebelas!!

Assalam,

Syukur ke hadrat Ilahi, semalam bertambah genap satu tahun lagi diriku berumah tangga dengan kekasih hati 11 tahun dahulu. Allah masih memanjangkan usia kami untuk menikmati segala anugerah yang ditebarkan dimuka bumi ini untuk kita terus mencari...

whoaaa.... dalam seronok memikirkan untuk esok hari, terfikir, jika Ummi 'Izzah dan Zahra' nak buat 2 acara dalam blog ni..

1.  Diriku nak buat "give away" hmmm ada sambutan kee?? since pembaca blog ini pon kurang..
 caranya adalah kepada orang yang melewati blog ini, dan meletakkan komen yang best!
"Give Away" untuk dua orang komen pertama boleh camtu... boleh ajalah sebab dah niat.. hehehe..

2.  Satu lagi, nak buat jualan suprise, tetapi lebih pada lelaki,... errr perempuan pun boleh..

jualan ni lebih kepada nak mengeratkan hubungan silaturrahim.. maklum leee, bila lama dah kahwin ni, tak macam masa bercinta dulu... hangattt je perasaan.. kalo sekarang banyak benda yang perlu difikirkan, jadi hangatnya itu sejuk sedikit untuk perkara lain.. ye tak?...

Apa-apa pun tak mengapa, ini adalah cadangan sahaja, barang jualannya akan diuploadkan pada hujung minggu hadapan... jadi barangnya juga suprise lagi...tapi tentunya 'handmade' eheee


Monday, September 10, 2012

Sakit juga satu nikmat

Assalam.

Untuk tulisan kali ini, ada luahan perasaan. Eheee..

Bukan apa, dalam perjalan pergi tempat kerja semalam, dengan keadaan sakit telinga yang sedang membengkak, teringat pula dekat Allah yang maha esa yang memberi sakit dan memberi sihat. Teringat bukan apa, sebagai peringatan untuk diri sendiri, manusia bila sudah sakit baru mahu ingat pada Allah, tak kecuali saya, dan bila teringat pada Allah, sesungguhnya ianya satu nikmat yang kita tidak dapat pada hari-hari biasa bila kita mengingatinya..

Sebab itu saya kata ianya satu nikmat. Sayu betul hati. Maklumlah, setahun lepas sepanjang tahun sentiasa berada dalam kesakitan, akibat penyakit endometriosis, dan selepas menjalani laparscopy 3 bulan sudah, Alhamdulillah, Allah jua pemberi kesihatan, hari ini aku diuji dengan bengkak di telinga, menyebabkan diriku sedar ya Allah, lali juga aku dalam beristiqomah dalam mengingatimu...

Doaku, semoga diriku tidak dipinggirkan dan sentiasa di bawah rahmat Allah. Untuk kalian juga, semoga kita sentiasa dihadirkan dalam jiwa mengingati Allah. InsyaAllah.

Thursday, August 23, 2012

Saya di sini

As salam,

Sekali sekala melawat di sini, sambil mendengar radio yang sedikit banyak mengganggu diriku untuk menulis... Hahaha sudah terus lupa apa yang hendak ditulis.

Oh ya, diriku sekarang berada di kampung Paya Tok Betuk.. Haa pelik kan namanya, tapi itulah hakikatnya, alamat tempat tinggal diriku dari kecil. Bila pulang beraya sebegini terasa sangat shahdunya. Sangat banyak perubahan baik dair kehidupan sekeliling dan cara hidup keluarga sendiri. Adaptasi dengan zaman yang berubah.

Tapi apa yang masih segar dan tetap, keadaan sekeliling rumah dan pokok-pokok yang wujud pada satu ketika dulu.

Saturday, August 4, 2012

My little dress

Assalamualaikum...

Sudah lama tak menjengok di sini. Maklumlah tahap kesibukkan yang melanda sampai lupa saya ada blog. Walaupun ada notification yang memberi tahu dan mengingatkan yang diriku ada blog, namum masih belum sempat menjengoknya.

Di akhir ini, kedatangan kekecewaa dalam diri ini, disaluti dengan inspirasi yang membuak untuk menyiapkan segala tempahan sebelum minggu hadapan diriku temui satu lagi inspirasi mini dress.

Dari situ, aku memberikan sedikit ketekunan, nah hasilnya. Sepasang dress untuk anak patung Barbie yang sudah lama tak berbaju... ;)

Saturday, May 26, 2012

Ripple cushion cover.


Salam sejahtera,

Selepas menjalani pembedahan Laparoscopy, aku diberi cuti sakit 2 minggu. Sebelum ini juga telah berada di dalam perancangan dan, minda bawah sedarku sudah meletakkan satu tanda aras di mana, prosedur laparoscopy tidak melibatkan pacaindera atau angota badan yang lain selain bahagian abdomen. Selepas mendapat rawatan dan nasihat dari doktor. Jadi, dengan yakinnya aku dapat menyiapkan ripple cushion cover yang telah dilancarkan oleh sekumpulan ahli pencinta benang di dalam Facebook!.

Ini adalah kali pertama aku menyertai aktivi ini, selama hampir setahun berada di dalam kumpulan tersebut.

Ahli kumpulan ini tidak lokek, setiap kali dianjurkan CAL (Crochet Along) pattern dan contoh akan diberi bersama, ini kerana, setiap ahli percaya, bagaimana pattern dan contoh yang diberikan atau dikongsi, hasilnya adalah berbeza mengikut pembuatnya. Sebab, krusye juga adalah suatu seni.

Ini adalah antara pattern yang dikongsi bersama, ianya sungguh menarik dan memberi inspirasi.


ini adalah pattern yang digunakan


permulaan dengan pemilihan warna yang terang!
sambungan, masa di hospital, tetap boleh mengait!
bantal yang dibuat sendiri, sudah tentu mengikut saiz yang dikehendaki sendiri

sudah siap!

sudah siap untuk dimasukkan ke dalam ripple cover
cushion cover pertama bergandingan bersama Totoro

cushion cover yang ke-dua

gandingan kedua-dua cushion pillow with ripple cover































Dan ini adalah hasil kerja tangan dariku untuk seminggu ini. Sungguh berbangga rasanya!
Kepada para pengkrusye, mari kita sama-sama hasilkan sesuatu dari kerja tangan kita, kerana ianya adalah sebahagian dari seni!
Saya suka.

XXXXXX__________________________________________________________________________________________XXXXX

Monday, May 21, 2012

Ucapan Tahniah kepada Suamiku!

Salam sejahtera,

Hari ini, posting agak lari dari kebiasaan. Perkhabaran tengtang suamiku!. :P

Semalam mungkin juga hari yang bertuah bagi diriku, dan kepada ya habibiku Azhar Ahmad.

Tarikh 20 Mei, 2012, waktu hujan lebat, aku tiba di rumah selepas 3 hari menginap di Hospital Ampang Puteri atas sedikit masalah kesihatan, dan suamiku pula berkejaran mengambilku dan pergi pula ke Anugerah Pekomik!

Namanya dicalonkan untuk beberapa kategori. Dan... dengan gembira dan bebesar hati, suamiku membawa pulang dua hadiah yang dimenanginya : Kategori : Penulis terbaik dan Komik terbaik, Tahniah diriku mengucapkan kepadamu wahai suamiku.

Semoga anugerah ini, walaupun kecil, mungkin besar maknanya untuk dirimu untuk terus bekarya!


Wednesday, May 16, 2012

Membaiki kain tanpa jahitan!

Kembali lagi!!

Salam sejahtera..

Iron-on double-sided adhesive cloth
Hujung tahun yang lepas, untuk sekolah KAFA 'Izzah, ummi menempah dua helai kain yang baru, dan dibaut labuh, khas untuk sampai tahun 2012, tapi awal tahun 2012, satu kainya telah koyak, 'Izzah terjatuh katanya,.. dan sehelai lagi huhuhu berlubang sebab cubaan menggunakan seterika baru tanpa mencuba ditempat lain dahulu..

Dan sejak diperkenalkan kedai Daiso, macam-macam ummi jumpa dan salah satunya alat ini.. menampal kain yang koyak!! wah menarik, tanpa perlu menjahit!.

Semalam cubaan telah dibuat ke atas sehelai kain yang diseterika lubang.
bahagian yang berlubang dipotong kemas (tak kemas pon, senget-senget)


potong kain yang sama besar dengan potongan untuk ditampal,
dan potongkan sekeping lagi untuk ditutup tampalan tersebut



ini dia, panjangnya hampir 10meter, ptong sebanyak yang perlu digunakan.

begini!

diletakkan kain yang dipotong di atas papan seterika,

bersedia, tutup bahagian yang dilubangkan dengan potongan kain yang sama besar, dan dilapiskan dengan  'iron-on double-sided adhesive cloth', dan lapisan yang besar di atas sekali.

sediaaaa..... iron!!!

Inilah hasilnya, tidak berapa kemas, sebab potongan lubang dan tampalan tidak sama.
Walaubagaimanapun, tampalan yang terhasil agak comot sebab kain tampalan tidak sama warna dengan kain asal.. adus...


XXXXXX__________________________________________________________________________XXXXX

Sunday, April 15, 2012

Bukan komik, bukan crochet, tetapi menjahit 'felting'

Bukan komik, bukan crochet, tetapi menjahit 'felting'  (apa dalam bahasaMelayunya ya?)


Seminggu yang lepas, ITBM menganjurkan majlis pelancaran tiga buah buku Pak Samad :


1. Biografi A. Samad Said : Memberi Hati Nurani
2. Pak Samad : Di Mata Kami
3. Rindu Ibu : 101 Puisi Kanak-kanak Menjelang Remaja

di Kedai buku yang terkenal, Kinokuniya, dan 'Izzah dan Zahra' sudah memasang angan-angan untuk membeli buku, termasuk juga umminya... :P.

Selesai majlis pelancaran, 'Izzah, turun mencari buku siri yang mahu dimiliki penuh koleksinya. Hanya dapat sebuah sahaja.

inilah buku yang dipegang Azzahra'.
Keseluruhannya adalah di dalam
Bahasa Jeun.











Tetapi, Azzahra' ada agendanya sendiri, dia mahu buku kraf!. ummi juga inginkan buku krusye, tetapi, selepas dibelek-belek buku yang berkenan, dan maklum bahawa, paten yang terdapat dalam buku tersebut hampir sama seperti yang ada di dalam internet. Jadi rasanya tidak menjadi keperluan lagi. Akhirnya terjumpa buku jahitan 'felting'. Waah, menarik juga, Zahra' terus pegang tak mahu letak-letak lagi.





Dan hari ini, yaaaa, kami Ummi, 'Izzah dan Zahra' berpeluang mempraktikkan demo di dalam buku tersebut.
Zahra' mahukan warna yang sama sepert di dalam buku.

yeay... ini hsilnya... akan kami mulakan lagi dengan banyak paten lagi.


miau.... mulut cara baru. Kali pertama cuba.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Saturday, April 7, 2012

Komik dari 'Izzah

Salam sejahtera, Sudah lama tidak memberikan sesuatu impak di dalam penulisan blog ini. Hari ini, daku cuba untuk mempamerkan kerja anakku 'Izzah Binti Azhar di dalam bentuk komik yang dilukisnya. sebenarnya agak sudah lama untuk meletakkan cerita ini, asyik bermain di minda sahaja, tidak sempat untuk mengarang sesuatu dengan lebih baik. aku juga sudah lama tidak menulis. Rakan-rakan sekalian, boleh menatap cerita, komik ringkas anakku ini.

















Oh, rupanya ada sambungan...

Selepas ini, rasanya, elok diimbas, bukunya untuk paparan yang lebih jelas.
Ok, selamat membac dan memahami jalan ceritanya!!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget