Seminggu yang lepas, ITBM menganjurkan majlis pelancaran tiga buah buku Pak Samad :
1. Biografi A. Samad Said : Memberi Hati Nurani
2. Pak Samad : Di Mata Kami
3. Rindu Ibu : 101 Puisi Kanak-kanak Menjelang Remaja
Selesai majlis pelancaran, 'Izzah, turun mencari buku siri yang mahu dimiliki penuh koleksinya. Hanya dapat sebuah sahaja.
inilah buku yang dipegang Azzahra'. Keseluruhannya adalah di dalam Bahasa Jeun. |
Tetapi, Azzahra' ada agendanya sendiri, dia mahu buku kraf!. ummi juga inginkan buku krusye, tetapi, selepas dibelek-belek buku yang berkenan, dan maklum bahawa, paten yang terdapat dalam buku tersebut hampir sama seperti yang ada di dalam internet. Jadi rasanya tidak menjadi keperluan lagi. Akhirnya terjumpa buku jahitan 'felting'. Waah, menarik juga, Zahra' terus pegang tak mahu letak-letak lagi.
Dan hari ini, yaaaa, kami Ummi, 'Izzah dan Zahra' berpeluang mempraktikkan demo di dalam buku tersebut.
Zahra' mahukan warna yang sama sepert di dalam buku. |
yeay... ini hsilnya... akan kami mulakan lagi dengan banyak paten lagi.
miau.... mulut cara baru. Kali pertama cuba. |
No comments:
Post a Comment