Sunday, April 3, 2011

23 jam

Semalam, selepas solat maghrib, aku memulakan projek yang ke empat (over excited) sampai projek yang ke tiga tak mention lansung.. next entry yeh...

Ok, projeknya adalah menyiapkan seekor karekter, Kerochan... yang sangat comel secara animenyalah... Kareter Kero adalah dari anime Jepun Card Captor Sakura yang penah glamer pada satu ketika dahulu, disebabkan sponsor dari adik iparku kepada anak-anakku, berulangkalilah ulangan tayang anime tersebut sehingga mereka menghafal segala lagu tema dan ucapan dalam anime tersebut,.. mujur tak ada kelakuan yang tak baik untuk diikut.

Alhamdulillah selepas 23 jam siap jugak karektor comel ni untuk aku berbangga (walaupun yang dicipta olehku taklah comel sangat.. ;P )








adios....


2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Tahniah sebab berjaya buat amigurumi yang comel-comel .. Maaflah sebab saya tak jawab pula comment Lady Aznie di blog saya .. tak perasan sebenarnya. Dah lama saya tak check blog saya.

    Anyway .. bagi menjawab pertanyaan Lady Aznie .. tentang jenis benang tu .. selama ni saya guna benang yang saya beli di UK tapi bila dah balik Malaysia ni bila saya guna benang Nona tu ok je hasil nya cuma kena adjust sikit lah sebab benang Malaysia ni tak kembang macam benang di UK.

    Saiz jarum .. saya selalunya guna saiz 3.50mm / 4mm untuk kasut dan jarum saiz 2.50mm/3.00mm untuk amigurumi. Depends kepada jenis benang lah.

    Untuk isi dalam amigurumi tu .. Saya beli kat UK .. kat Malaysia saya tak tau lagi kat mana nak beli sebab saya pun baru ja pulang ke Malaysia 3 bulan jadi tak survey2 lagi ..

    maaflah jika tertunggu-tunggu jawapan saya dan maaf juga sekiranya jawapan saya tidak menjawab persoalan Lady Aznie .. hu hu ..

    Selamat berçrochet' dan all the best! Semoga berjaya menghasilkan crocheted items yang cantik2 dan menarik .. take care

    wassalam

    zaharah
    www.kaitmengait.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam...

    Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya tu...
    Teruja sebenarnya bila mana crochet boleh dijadikan macam2 bentuk.. dah lama tak pegang hook, tapi baru ni (masa soalan dikemukan tu), saya tengah sangat seronok nak buat balik crochet ni, itu yang bertanya merata-rata... neway, terima kasih sangat sebab sudi menjawab, dan share ilmu...

    benang nona pon susah nak dapat, setakat ni saya guna minlon, tapi benang nya agak kurus dan nipis... kalo dibuat amugurumi, jarang jadinya so kena guna hook yang lebih kecil, hasilnya amugurumi menjadi lebih kecil dari yang sepatutnya..

    saya pon boleh share jugak, stuffing polyester tu sekarang dekat jaya jusco pon dah ada jual, bahagian bantal.. dan agak murah... best!!

    Terima kasih untuk wishes tu ya... (sekarang masih bersemangat bercrochet)....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget