Sunday, August 2, 2015

Kucing dan saya::

Hari ini, facebook memberitahu yang saya telah memiliki 4 ekor anak kucing.
Gembiraaa...

Bermakna, hari ini adalah birthday Toto..
Happy birthday Toto for five years...







Tuesday, July 28, 2015

ambil mood untuk rajin menaip kembali..

Okeee, testing sebentar..
ambil mood untuk rajin menaip kembali..
rajin ke??

Tuesday, June 3, 2014

Flashback or throwback

Assalamualaikum....

Hampir setahun lebih tiada posting terbaru dalam blog. Tapi kononnya mahu kekal aktif. 

Rasanya, cuba bersemangat kembali untuk berblogging, cubaan demi cubaan, masih tidak berjaya.. 
Kali ini posting flashback atau pun throwback kata ramai orang di FB le ni...

Sepanjang peninggalan tidak mengemaskini blog, banyak perkara besar yang berlaku, yang mana seronok untuk dikongsi, nak di ceritakan.. 

Hampir cuti sekolah tahun lepas, kami sekeluarga pergi bercuti di Sabah, percutian sempena menyambut hari konvokesyen adik iparku.. Percutian singkat, tapi tinggalkan memori... 


Bulan 11 dan 12, kami sekeluarga berusaha mengisi borang dan ulang alik ke sekolah 'Izzah Azhar, kerana ingin bertukar sekolah ke kampung. Pelajaran makin merosot, ummi tak mampu nak tenung Izzah setiap jam, dan pantau kerja sekolah dia setiap masa untuk memastikan tahap pelajarannya memuaskan.. Haaa memuaskan? Jadi laaa fikiran ummi masa tu... Tapi sekarang tahap pelajaran 'Izzah, prestasinya naik 500%! Sangat hebat! 

Berkat sokongan, yang terutama, dari opah, cikgu-cikgu sekolah baru Izzah (sekolah Kebangsaan Paya Salak) dan kawan-kawan baharu.. Izzah makin tekun belajar.
Bila ditanya mata pelajaran paling dia gemari, jawapannya : b. Inggeris, Matematik, b. Melayu dan sains. Ummi bersyukur kepadaMu ya Allah.

Apa sebabnya Izzah perlu bersekolah di sekolah lain? Yaaa... Ramai orang bertanya ini... Memang ummi sendiri tak mampu nak tunggu dan melayan setiap kerja sekolah yang diberikan, tambahan lagi, tumpuan belajar Izzah banyak terpesong, walaupun tak ada TV di rumah, tapi masih sibuk dengan komputer. Tambahan juga lagi, sekolah Izzah di sini, kelas darjah lima sahaja 16 kelas. Boleh bayangkan macamman guru guru mahu memberi tumpuan kepada beratus anak murid yang pelbagai ragam tu haaa... Jadi bertukar sekolah di kampung, dengan hanya 2 kelas sahaja, dan dedikasi guru guru, memberikan semangat baru kepada Izzah, walaupun ummi jauh dari Izzah... Tapi rasanya, bila lagi jauh, lagi rasa rapat. insyaAllah. Aarggghh ummi mesti akan terasa ketidakcukupan masa hidup dengan anak-anak suatu hari nanti.

Selesai urusan pertukaran sekolah, masuk tahun baru, Izzah terus masuk ke sekolah baru, hahaha teruja, sebab sekolah di kampung hanya satu tingkat, tak perlu naik tangga dan sekolahnya kecil sahaja... Jadi ummi pesan pada Izzah,, "tolong jangan gemok ye anak..." 

Azzahra terus bersekolah di sini.. 

Masuk tahun baru 2014! 

Selamat tahun baru... Untuk tahun 2014, ummi tak sempat nak ada sedikit pun resolusi, melainkan membayangkan ada anak kecik mahu dijaga dan mengasuh... 

Hujung bulan Januari, maknjang bernikah dan berkenduri di kampung Kulim. 


Lepas sahaja seminggu kenduri, sampai masa ummi bersalin. Waah.. Kelahiran baby boy dalam keluarga Azhar. Hahaha sangat teruja.. Sebab sudah lama tidak pegang baby.. 8 tahun bezanya dari kakak Azzahra. 

10 Februari 2014.  (Tahun world cup... Tetibaaa)
Kelahiran Izzah 2002 (world cup)
Azzahra 2006 pun tahun world cup juga.. Selang empat tahun dan miss out tahun 2010...
Baby ketiga diberi nama Ahmad Dzarr Azhar.

Sangat terasa kelahiran kali ini... (Memang mahu tulis pengalaman kelahiran AD) 
Hehehe mungkin lahirkan baby boy kot...
Tahniah untuk diri sendiri..
Sekarang #AD sudah 4 bulan.

 Yeaaahhh....



Saturday, September 14, 2013

Memasak : Resepi gulai remunggai (kacang kelor)

Setiap kali berangan-angan mahu mengemas kini halaman bolg, tiap kali tiulah tiada juga tindakan. Teruk nih! 

Kali ini, ummi catatkan resepi gulai kacang remuggai! Atau kacang kelor (orang Melaka panggil) itu pun tahu selepas tanyakan kepada pakcik google.

Tak sangka pula, Zahra dan Izzah mahu makan dan suka pula. Seronoklah ummi memasak.

Antara bahan resepinya kali ini, ummi buat pedas sikit, taruk cili padi lebih sikit, gulainya, dibuat stail maktok masak, tambahkan sikit serbuk kari. Ummi campur serbuk kari daging dan sikit serbuk kari ikan. Wow...

Ini bahannya : 

Kacang remunggai
Udang

Cili padi
 Bawang merah
Halia
Setengah sudu teh serbuk kari daging
Setengah sudu teh serbuk kari ikan
Kunyit
Asam keping

Santan
Air secukupnya
Garam

Kacang remunggai dikikis buang kulit hijaunya, 
Cili padi, halia, dan bawang ditumbuk, gaul dengan sebuk kari daging dan ikan, serta kunyit, masuk air sedikit. Kemudian tumis sampai masak dan sedikit garing.

Masukkan sedikit air, didihkan dengan kacang yang telah dipotong dua inci dan asam keping. Masak sampai lembut, sudah lembut, masukkan santan. Renihkan.. Nah siap.. Untuk hidangan.. 

Sedap.. Nanti buat lagi, makan dengan nasi panas, ikan goreng,sambal belacan dan ulam-ulaman! 

          Kacang reugai yang dikikis kulitnya

         Dipotong sepancng dua inci

           Bahan yng ditumbuk, dan ditumis

          Eh, dh nak habis makan, baru teringat nak ambil gambar! Maaflah. 

Me me me, ummi! 


Friday, July 19, 2013

Kain Pasang

Tiga hari dan dua malam, aku menginap di Hotel (dalam Kuala Lumpur) atas sebab kerja yang tidak dapat dielakkan. Dan tiga hari dua malam juga barulah dapat berjumpa dengan pincess berdua...

Pagi tadi, Zahra datang membawa satu bungkusan,

Zahra : ummi, ni makteh beri kain.
Ummi : untuk ummi ke?
'Izzah : tak ummi, Zahra mintak dari makteh!
Ummi : eh, kenapa minta? Adik nak buat apa ni?
Zahra. : nak buat baju kurung le?
Izzah. : Pah suruh buat gaun
Ummi. : adik ni macam orang tua le, sibuk cari kain pasang nak buat baju kurung pulak tu....

Zahra' Zahra..... Macam macam ragamnya...
Mungkin dia tak banyak baju kurung kot, sebab itu dalam kepala dia nak buat baju kurung untuk dia..

Salam sejahtera kembali! sudah lama tidak memasukkan apa-apa tulisan di dalam blog ini.

Salam sejahtera! 

Semoga semua sihat-sihat hendaknya, kepada yang menjalani ibadah puasa, selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa denggan kesederhanaan! 

Lama tidak menulis di sini, bukan tiada tulisan, tetapi lebih banyak kepada gambar yang menceritakan pelbagai ribu erti dan memori. Jadi, mudah di kemas kini di dalam facebook atau instagram.

Aah, sangat banyak media sosial yang menghubungkan kita semua di alam maya. Cuma kena bijak menggunakannya.


Di kesempatan ini juga, ummi, berikan pautan page facebook untuk himpunan komik dan hasil kerja   'Izzah dan Azzahra' https://www.facebook.com/pages/Komik-Izzah-Azzahra/220359208109416?ref=hl
marilah sama-sama memeriahkan page ini.. 

Dan terima kasih kepada semua yang menekan 'like' seolah-olah memberi semangat kepada anak-annakku untuk terus berjaya. 

TERIMA KASIH SEMUA. 

JUMPA LAGI. 


Tuesday, February 12, 2013

Selamat tahun baru. 2013. Lama diriku berdiam sunyi di blog ini.

Untuk permulaan menulis kembali dalam blog yang agak lama ditinggalkan.... Dimulakan dengan perbualan yang jarang-jarang diterima oleh telinga untuk terus dijamah oleh otak untuk menganalisanya...

Lama tidak mendengar perbualan pincess berduakan? Hari ini, situasi :
Di meja makan, sarapan lewat, kakak, adik kali ke dua.

Sambil menjamah, adik membaca label susu tin:
Zahra' : f. &. N.
'Izzah. : F&N
Zahra' : oooo F&N..
'Izzah : krimer pekat manis
Zahra' : krimer pekat manis...
'Izzah : kalsium penuh
Zahra' : kostium penuh
'Izzah : bukan kostium la, kalsium... Kostium tu baju...
Zahra' : oooo kalsiummm....


Di keramaian kenduri kahwin, Azzahra' bertanyakan beberapa soalan :

:::: "Ummi, macammana pengantin lelaki tahu pengantin perempuan pakai baju warna apa? ::::
:::: ketika paluan kompang bergema-gema, diiringi nyanyian jong-jomg inai ;;:;: "Sampai hati adik pun dengar!" :::::


Jujurnya kanak-kanak... Semoga hasrat ummi direalisasikan ummi... Ya Allah berikan kekuatan untuk ummi melaksanakan azam dan sentiasa bersemangat dalam membesarkan kalian! Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget