Salam sejahtera,
Selepas menjalani pembedahan Laparoscopy, aku diberi cuti sakit 2 minggu. Sebelum ini juga telah berada di dalam perancangan dan, minda bawah sedarku sudah meletakkan satu tanda aras di mana, prosedur laparoscopy tidak melibatkan pacaindera atau angota badan yang lain selain bahagian abdomen. Selepas mendapat rawatan dan nasihat dari doktor. Jadi, dengan yakinnya aku dapat menyiapkan ripple cushion cover yang telah dilancarkan oleh sekumpulan ahli pencinta benang di dalam Facebook!.
Ini adalah kali pertama aku menyertai aktivi ini, selama hampir setahun berada di dalam kumpulan tersebut.
Ahli kumpulan ini tidak lokek, setiap kali dianjurkan CAL (Crochet Along) pattern dan contoh akan diberi bersama, ini kerana, setiap ahli percaya, bagaimana pattern dan contoh yang diberikan atau dikongsi, hasilnya adalah berbeza mengikut pembuatnya. Sebab, krusye juga adalah suatu seni.
Ini adalah antara pattern yang dikongsi bersama, ianya sungguh menarik dan memberi inspirasi.
ini adalah pattern yang digunakan |
permulaan dengan pemilihan warna yang terang! |
sambungan, masa di hospital, tetap boleh mengait! |
bantal yang dibuat sendiri, sudah tentu mengikut saiz yang dikehendaki sendiri |
sudah siap! |
sudah siap untuk dimasukkan ke dalam ripple cover |
cushion cover pertama bergandingan bersama Totoro |
cushion cover yang ke-dua |
gandingan kedua-dua cushion pillow with ripple cover |
Dan ini adalah hasil kerja tangan dariku untuk seminggu ini. Sungguh berbangga rasanya!
Kepada para pengkrusye, mari kita sama-sama hasilkan sesuatu dari kerja tangan kita, kerana ianya adalah sebahagian dari seni!
Saya suka.
XXXXXX__________________________________________________________________________________________XXXXX