Selamat tahun baru 2012!!!
Jika tidak sempat menempatkan resolusi bagi diri sendiri setiap tahun, Allah sampaikan kita pada tahun baru ini, untuk kita perbaharui atau melaksanakan dan mencapai azam tersebut!!
Mengenangkan pada tahun 2011 sudah berlalu, tidak salah untuk diri sendiri mengimbas kembali kenangan yang ada dan terpahat dihati, mungkin untuk selamanya atau pun sebagai singgahan sebentar sementara memori yang ada dipenuhi dengan kenangan yang mungkin lagi manis dan hebat!
Permulaan tahun 2011, seperti biasa, tiada yang tersangat indah berlaku selepas menghabiskan kemanisan hujung tahun 2010, konvo untuk pengajian di UiTM, dengan harapan, gulungan (sekarang tidak lagi digulung) ijazah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, seperti terbengkalai, memandangkan keadaan diri sendiri yang macam sibuk melayan bos-bos (pelanggan) semasa ditempat kerja. Pemikiran juga rasa ingin berehat, tetapi takut kehilangan segala memori yang dilayangkan di neuron-neuron sistem saraf pusat. Perjalanan job seekers amat pelahan, dan hampir tidak membantu lansung.
Namun pada bulan Mac 2011, aku diketemukan kembali dengan hobi yang pernah menjengah dalam hidupku suatu ketika dahulu (macam sudah hidup lama menor). Crochet!!! atau mengait!. Dengan access kepada internet membuatkan aku mengalami sindrom keterujaan yang amat melampau hingga aku kembali obses dengan crochet dan benang.. yaaa dulu aku menyimpan dan membeli benang yang aku suka.. tapi pada masa itu tidak banyak jenis benang yang ada.. untuk brand yang klasik dan nostalgia di Malaysia kebanyakannya adalah jenama Minlon, kemudian Nona, Wina, dan macam-macam lagi yang aku sendiri tidak sangat tertarik untuk mendapatkannya.
Ini adalah amigurumi saya yang pertama!! |
Lorve pertama yang dibuat! happy |
Barulah sedar betapa selama ini aku hanya bergantung dikedai yang menjual hook kecil-kecil. Rupanya diluar sana, hook yang begitu besar pon ada di Malaysia ini. Terima Kash Cotton House Store |
keseronokan ber'crochet' dihadiri juga kain felt sebagai penyeri.. kesemua di atas adalah hasil tangan dari 'Izzah Bt Azhar. |
Rasanya, ini adalah hobi yang paling manis dalam hidupku... terima kasih ku kepada Kak Anis yang memberi inspirasi untuk aku memegang hook dan benang ini.. dan tentunya emak aku.. lebihan benang, hook dan alat-alat mengait yang ditinggalkannya (mata tak nampak, terus tak pegang jarum dan benang seingat memori aku) menambahkan lagi inspirasi dan kehangatan untuk aku meneruskan hobi ini.
Semasa mencari bahan, alatan, benang dan sebagainya untuk 'crochet' terjumpa pula kain felt yang agak famous untuk dikreatifkan.. Aku juga mencuba untuk felting, tapi kejayaan lebih kepada anakku Pincess Izzah.
Dalam asyik dengan hobi crochet, Toto juga dipulangkan kepada kami kembali.. sukaaa.. tapi selepas pulangnya Toto, Orenji pula menghilangkan diri, masa pulang ke kampung, keadaan tidak biasa padanya, menyebabkan dia mungkin sesat.. alooor mana leee dia pegi.. the coolest cat in the world..
Dan sekarang, Toto telah menjadi ibu kepada 3 cutest kitten!
Tapi hari ini :
lampu 'study' aku sudah ada mentol setelah hampir setahun bergelap! tapi kali ini, lampu ini digunakan untuk baca pattern dan mengira jumlah jahitan dan kaitan, yang dahulunya menjadi peneman semasa belajar.. haaa... tapi kadang lebih kepada peneman semasa tidor.. maklumlah study lepas balik keja amat letih.. lalu terus tertidur di bawah sinaran lampu meja.
Persembahkan, hasil tanganku sepanjang tahun 2011 bermula dari bulan March 2011.. bagi aku, ini sudah cukup memberi kebanggaan dan lebih inspirasi untuk menghasilkan lagi sesuatu (kraf dari crochet) yang sangat osem!!
Ruang menjahit (felting untuk anak-anak), crochet dan knitting bakal menyusul sedang dinaiktarafkan. Saya dalam proses mengadakan studio dirumah. Beberapa 'wishlist' telah berada di minda dan sentiasa dikenang untuk diadakan perlahan-lahan.
Kadang-kadang rasanya tidak sabar, tapi harus bersabar, seperti membuat amigurumi yang besar... lama-lama hasilnya amat memuaskan!!
XX_______________________________________________________________________XX
tahun 2011 juga kami sekeluarga kehilangan Orenjii.. amat sedih.. seekor kucing yang sangat cool! |
kini sudah pon melahirkan 3 ekor baby yang sangat comel dan montel |
Dan sekarang, Toto telah menjadi ibu kepada 3 cutest kitten!
Tapi hari ini :
lampu 'study' aku sudah ada mentol setelah hampir setahun bergelap! tapi kali ini, lampu ini digunakan untuk baca pattern dan mengira jumlah jahitan dan kaitan, yang dahulunya menjadi peneman semasa belajar.. haaa... tapi kadang lebih kepada peneman semasa tidor.. maklumlah study lepas balik keja amat letih.. lalu terus tertidur di bawah sinaran lampu meja.
yeay! |
Amigurumi |
Ripple blanket, yang sampai sekarang belum siap. blanket granny square yang wow.. sangat selesa nak golek-golek.. |
antara amigurumi yang telah berjaya dilaksanakan. |
Slipper, antara order paling banyak dibuat, selain dari handphone stocking, sarung bantal untuk kegunaan sendiri |
antara benang yang terkumpul.. sudah gila benang, button juga... |
Totoro, our family favorite anime character!! |
Kadang-kadang rasanya tidak sabar, tapi harus bersabar, seperti membuat amigurumi yang besar... lama-lama hasilnya amat memuaskan!!
XX_______________________________________________________________________XX